11/11/11

My wishlist..!!

assalamualaikum.. Bila duit aku tak ada mula la dalam otak aku nie macam-macam nak beli. Semua rasa cantik dan semua pon rasa perlu.. jom2 tengok menda yang aku nak sangat nie.. =)



1) DRESS



 gambar dari poplooks.



 2) HOLGA CAMERA





3) POLAROID CAMERA



4) BOYFIE BLAZER =)



                       
mix and match



5) DSLR camera (hak milik sendiri, tak kongsi2)

D7000
6) GALAXY W







ok.. stakat nie itu jer yag nak... hahahaha... akan kumpul duit and cuba dapatkan semua diatas.. bye..

10/12/11

SETELAH SEKIAN LAMA~

ASSALAMUALAIKUM.. hello buddies.. lama kan aku tak meng 'update' blog nie.. hurmm, aku baru baca comment2 kat entri lepas.. dan yang paling terharu adalah kawan aku LIENA yang suka baca blog aku.. tak sangka gak.. low class rank blog nie pon ada orang baca... hehehe.. Thanks liena.. Actually tiap kali aku heartbroken aku mesti nak tulis blog (perlu ker ko mention kat sini). Taktaw kenapa kan.. Macam penulis lirik lagu la kan.. kalau diorang kecewa diorang tulis la lagu cinta kena tinggal.. macam ANANG tue.. bila kris dayanti buat TAIK kat dia, dia pon tulis la lagu SEPARUH JIWAKU PERGI.. hahaha.. tapi manis madu tak reti tulis lagu jiwang.. nak reka sepotong ayat jiwang pon tak reti.. hahaha..



OK.. ada dua benda aku nak cerita pada entri kali ini.. Yang pertama adalah aku rasa now hidup aku LOSER gila.. bukan sahaja dari segi pelajaran tapi dari segi cinta dan kehidupan pun macam tue jugak.. Aku punya dissertation tak bergerak.. kawan2 aku semua dah nak menempuh hari graduation.. best la hampa dapat makeup cantik2 pkai bju cantik2 and amik scroll kosong.. tapi aku? hmmmm.. p attend graduation day orang ja la.. (mood sedih).. then hari tue aku jumpa lecturer aku.. walaupon dia handsome ala-ala ricky martin (zati cakap) aku tetap takot and malas nak jumpa dia.. walaupon suasana kami jumpa tue tak la menakutkan.. cam biasa jew.. tapi.. aku takot sebab tak dapat menunjukkan hasil yang terbaik kat dia.. aku nak dia bangga dengan aku.. tapi aku rasa aku tak boleh go on ngan dissertation nie.. KENAPA???? tension gila aku.. Lecturer aku banyak cerita pengalaman dia, pasal kawan2 dia, pasal abg dia.. aku taw.. itu bukan cerita kosong.. Cerita tue semua nak menaikkan semangat aku.. Dia cakap tuhan nak uji aku.. tuhan nak tengok semana kuatnya aku.. dia cakap dia tahu aku budak pandai (pandai ker..? errkkk) tapi kenapa aku tak ada attacment dengan dissert.. I dont know la Doc. saya sendiri pon tak boleh jawab soklan tue walaupun everytime i ask myself..Anyway memang banyak cerita yang berguna dari dia.. mana taknya 2 jam kot aku dating ngan dia.. huhu.. Thanks Dr..!!!

Secondly, aku nak cerita aku tak puas hati gila ngan seorang manusia nie.!!! aku tak sangka dia buat aku macam nie.. aku tak sangka dia sejahat itu kat kawan sendiri.. kenapa dia bodoh sangat.. kenapa dia sebarkan segalanya tentang aku??? (tak la segalanya sebenarnya.. nak hiperbola jew).. kenapa??? apa yang ko tak puas hati dengan aku ha SAMAD? (bukan nama sebenar). Kenapa ko sebarkan no telefon aku.. kalo bagi kat manusia yang baik budi pekertinya tak apa.. Nie bagi kat Playboy yang ada 2 3 4 5 awek.. ko pon sama kan JAMAL (bukan nama sebenar).. ko dah tahu ko ada awek ko gatal mengorat aku kenapa??? kenapa?? seronok sangat ke mainkan perasaan orang? kadang-kadang aku tak paham jugak dengan lelaki yang nak pasang banyak2 nie.. heeeee... SAMPAH..!! pastue Ko ni plak SAMAD. kenapa ko nak simpan gambar aku and cerita-cerita kat orang. nasib baik aku tak da bukti ja.. kalo tak dah lama aku wat report polis (berani ker?).. benci nyer aku kat ko SAMAD.. cam nak terajang kalo aku jumpa.. tue lah.. cerita kedua nie aku nak conclude yang aku benci kat lelaki nama SAMAD dan JAMAL (bukan nama sebenar).. tapi ada lagi sorang aku benci.. urmmm aku letak nama dia DOLLAH la.. DOLLAH nie suka marah aku.. cakap suka kat aku.. tapi suka marah2 aku sampai aku rasa tension dengan dia.. mana aku pegi semua nak kena bagitaw  semua aku buat semua nak kena lapor? pergi cari awek wartawan la wei kalo semua benda nak kena lapor... STRESSSSSSS!!! hahaha.. bye..

7/7/11

3,2,1 CINTA - komen -ve dari aku..

3,2,1 CINTA - minggu lepas. aku punya la bosan, ari ahad tak da cerita best pon. Aku pon beli la cerita 3,2,1 CINTA berharga RM 15 tu kat astro first. cerita dia boleh tahan la.. Love comedy, tapi...tapi...tapi... banyak part jugakla yang aku tak suka dan rasa macam.. hek aleh, menda-menda macam nie patut dah tak berlaku.. antara komen negatif aku adalah :



1. Mula-mula cerita dia letak besar lambang unisel. budak-budak buat pendaftaran kat unisel.. tali kad matrix pon unisel. Tak kisah la berlakun kt uitm. Tapi kenapa tak elakkan dari shoot lambang UiTM. Glass door besar2 lambang UiTM, kenapa tak dari awal buat depa tue belaja kat UiTM. Ker aku yang tak paham cerita nie? Pastue pak guard pon pkai topi lambang UiTM.. Aku rasa mula2 cerita dia tunjuk tempat pendaftaran UNISEL.. kalo aku salah tolong betulkan yer...

2. kenapa mesti dia nak mention perkataan 'BEROMEN' tue. tak da perkataan senonoh sikit ker? berdating ker.. kan..kan...

3. Pastue pasal pakaian.. aku dah belajar kat UiTM 5 tahun.. setahu aku tak boleh pkai skirt pendek, pakai singlet dalam kawasan kampus. Kalau la dia kata Unisel. UiTM shah Alam nie x jauh pon dr unisel. Tak pernah pulak mereka pkai attire cm tue.. kalo universiti macam lim kok wing, sunway, tailor's dan seangkatan dengannya tue logic la kan nak pakai mcm tue.. hehhehe.. kenapa tak boleh buat logic skit????

OK... tue jer yang aku tak puas hati pasal cerita tue.. sebenarnya bosan nie.. tue la aku mengarut skit.. bye..!!

7/6/11

Kenapa saya sokong perhimpunan BERSIH??

hye.. aku pon nak menyibuk jugak dengan isu hangat laaa nie.. aku nak cerita menda nie secara ringkas.. sebab aku malas nak taip panjang-panjang.. hanya meluahkan pendapat di blog yang tak berapa nak ada orang jenguk nie.. (yang jenguk pon stalker yg tak suka ngan aku jew..hehehe)..

first : Sebab perhimpunan nie bersih.. memang tidak sesuai buat dijalanan tapi mereka nak buat kat stadium tue kira ok la kan. sebelum nie depa nak wat tempat terbuka sebab masalah kewangan. kalau kerajaan memang boleh buat tempat proper sebab ada peruntukan kewangan. tapi pihak pembangkang harus menggunakan kewangan mereka untuk kos-kos lain.

second : sebab negara kita adalah demokrasi. so, tak salah pihak membangkang nak bersuara. Lagi pun kalau tiada yang membangkang pihak kerajaan tak akan rasa tercabar. secara tidak langsung kerajaan akan cuba bersungguh-sungguh untuk mengekalkan kedudukan dan buat yang terbaik untuk rakyat.. jadi itu skaha satu isi penting aku.. dengan adanya pembangkang kerajaan sentiasa buat improvement untuk membetulkan segala kekurangan demi kepentingan akyat.

third : it's logic ok.. cz pilihanraya dah tak lama.. kerajaan boleh melontarkan segala maniefesto mereka mengapa tidak pembangkang. Kata negara demokrasi. jadi kita ada hak untuk bersuara dan membuat pilihan. tindakan kerajaan sekarang ibarat tercabar dan goyah dengan tidakan pembangkang dengan perhimpunan bersih nie


note : SAYA BUKAN MENYOKONG PEMBANGKANG.. saya tak terfikir pon nak mengundi lagi.. daftar pun tak.. cuma saya hanya meluahkan pendapat.. CUMA BERHARAP KERAJAAN BERFIKIR & MEMBERI YANG TERBAIK UNTUK RAKYAT DAN BUKANNYA HANYA UNTUK KEPENTINGAN MEREKA SENDIRI.. sekian..

4/25/11

Kisah MOMO yang 'so so so so SWEET'

ASSALAMUALAIKUM... satu cerita tentang makhluk tuhan yang sempurna selalu menjadi peneman manusia.. Bagi aku dialah permainan bergerak terindah di dunia.. fuhhh.. tanpanya aku berduka.. tanpanya aku tersiksa.. ITULAH MOMO.. kuberfikir jika suatu hari tuhan mengambilnya pergi ke syurga.. alngkah sepi tanpanya.. akan tetapi aku terpaksa rela.. kerna setiap makhluk akan kembali kepadanya.. 

MOMO.. dia sentiasa cool dan macho.. walaupun cacat dibahagian hidung kutetap menganggapnya sempurna.. Biarlah orang kata aku gila.. bercakap dengan bukan manusia tetapi setiap detik terasa indah dengannya.. ku ada satu cerita .. cerita yang membuatkan aku tertawa dan tersenyum gembira melihatnya.. yang membuat aku rasa terbalas penat lelahku bercakap dengannya dari kecil hingga kini dia berumur hampir 2 tahun..

Suatu hari BUBU bermain plastik, dengan tiba-tiba tangkai plastik terletak di kepala BUBU.. Dengan terkejutnya BUBU berlari ketakutan dan berlari sekuatnya keluar dari rumah.. UTEH dengan penuh rasa bertanggungjawab mengejar BUBU.. Mungkin risau akan adiknya.. tapi UTEH masih mempunyai rasa takut untuk mengejar jauh dari rumah.. BUBU telah jauh berlari entah kemana.. Rakanku puas mencari bubu akan tetapi tidak jumpa..

Selepas beberapa jam BUBU tidak pulang-pulang juga.. walaupun aku memujuk diriku yang bubu tahu balik sendiri kerumah dalam hatiku tuhan saja yang tahu.. aku risau akan keselamatan bubu.. aku risau orang lain mengambilnya dan mengurungnya didalam rumah.. Aku melihat momo., dan membebel kepada momo..

aku : momo.. tolonglah pergi cari bubu.. ko pandai pergi melepak, berjalan kesana-kesini.. pergi la cari adik.
momo : (memandangku tanpa makna)
aku : (herm.. kalau lah momo paham apa aku cakap)
momo: (masih tidah mengendahkan aku)
aku : heeeeee.. momo nie..pergi cari bubu cepat

Bukan aku sahaja yang 'push' momo pergi cari adiknya bubu.. malah kawanku dan juga anak saudara ku juga berkata begitu.. bukan kerana mengharap momo pergi mencari adiknya.. sekadar bercakap tanpa bermaksud apa-apa.. Lebih dari 10 jam bubu menghilangkan diri.. aku semakin risau.. haihhhh... adakah bubu kemalangan? diambil oleh orang atau....

Jeng..jeng..jeng.. tiba-tiba momo muncul.. bising tak tentu hala.. aku tak paham apa momo cuba sampaikan.. anak saudara ku berkata ' momo..ko nie bising jew.. pergi cari bubu takpa jugak'.. tiba-tiba bubu muncul disebelah bubu.. seakan buat suprise la kunon.. kami semua cukup gembira.. aku ketawa berdekah-dekah kegembiraan.. rupanya tadi momo bising sebab nak cakap dia dah bawa balik adik dia... hahahahah.. serius lawak dan terhary masa tue...

MOMO.. I LOVE YOU SO MUCH..

p/s : maaf jika ayat-ayat aku nie sukar difahami.. hehehehehe.. tak rei la buat karangan careka... hahahahah

-MOMO-

4/23/11

Exhibition of Construction Technologhy~

Hye.... assalamualaikum..

Semalam, bersamaan 22/4/2011 aku dan rakan2 seperjuanganku ada exhibition.. untuk subject Construction Technology.. Kumpulan aku dapat tajuk TOP DOWN METHOD FOR TUNNEL CONSTRUCTION.. dan sebulat suara kumpulan kami memilih case study of DOWNTOWN LINE OF SINGAPORE which is the biggest MRT project in singapore.. Project nie dalam construction sekarang dan contractor yang dapat project ini adalah Ssanyong Engineering & Construction iaitu syarikat dari KOREA, dan juga telah bertapak di singapore selama 30 tahun.. Salah satu megaproject yang telah berjaya disiapkan oleh Ssanyong adalah MARINA BAY, SINGAPORE.. ok.. tue serba sedikit pasal case study.. kat sini aku cuma nak share ngan korang semua sumbangan aku kepada kumpulan aku dalam exhibition nie.. aku telah menyediakan pelekat botol air mineral dan brochure.. hehehehe.. maaflah.. tangan aku tidak berseni nak buat model.. tapi budak laki group aku buat model cantik woooooo...!! aku bangga ngan korang... Hasil Kerjaku seperti dibawah..

Ini idea asal.. tapi bila dah print description pasal method of construction tak nampak la pulak. jadi aku terpaksa edit sedikit..
Dan ini yang final.. aku buang semua description tue..(Click to enlarge)
Brochure-1 (click to enlarge)
Brochure-2 (Click to enlarge)

Selain brochure, presentation board, model dan mineral water kami juga menyediakan video.. Happy watching..!!!


4/21/11

Tahu Tak Yang Rabbit Saya Dah Mati..(sedey gila)

Korang....tahu tak yang rabbit aku dah mati ??? Ianya mati akibat kes pembunuhan kejam.. Bukti yang ditinggalkan hanyalah darah dan bulu.. Aku tahu siapa pembunuhnya..Korang tahu sapa??? Nak tahu ??? Sila lihat gambar diabawah dengan penuh perasaan benci..!!

Sekumpulan Anjing Liar


Mereka adalah anjing liar.. Aku tak tahu lah macam mana depa leh masuk kawasan rumah aku.. Dan mereka berjaya membunuh dan memakan KOKO and LOLA.. gambar mereka seperti dibawah :

KOKO
LOLA
Nak tahu macam mana kes pembunuhan ini boleh terjadi??? Begini.. mungkin ini adalah kecuaian dari diri aku sendiri.. Ada hari tue kucing aku buat hal.. dia sakit perut.. cirit birit.. nie kucing aku yang nama Uteh. Ala yang gemuk tue.. Aku dah bawak pegi klinik.. dia disahkan sakit perut dan selsema... Disebabkan itu uteh asik nak berak merata. jadi kami terpaksa mengurung uteh didalam cage.. Cage besar tiga tingkat yang selama ini didiami KOKO dan LoLa terpaksa didiami uteh buat sementara waktu.. Jadi kami memindahkan Lola dan koko ke cage yang lebih kecil yang selalu dibawa untuk travelling.. Sudah2 minggu lebih Koko dan Lola duduk dalam cage tue.. dan semuanya berkadaan baik.. Walaupun selepas seminggu uteh dah pulih dari sakit perut aku masih tak memindahkan lola dan koko kembali ke cage 3 tingkat yang lebih kukuh tue.. 

Malang tidak berbau.. satu malam, malam sebelum presentation PED, sekumpulan anjing liar yang kejam telak masuk kekawasan perumahan aku dan mungkin dengan deria bau yang sangat kuat , mereka telah masuk ke kawasan perkrangan rumah aku. Memang rumah aku gate tak tutup.. Aku rasa anjing tue buka seekor yang pentingnya.. kalau tidak macam mana dia berjaya bukak cage tue.. Malangnya aku tido mati tidak sedar apa2.. tiada bunyi nyalakan anjing yang muncul ditelingaku..Pagi2 aku nak pergi ke dewan kuliah untuk presentatation final project ku, aku dikejutkan dengan darah dan bulu2 rabbitku di depan kereta ku dan depan grill sliding door.. alangkah sedihya aku kerana baru dua hari sebelum tue aku beli makanan rabbit begitu banyak untuk mereka.. boleh dikira untuk stock 2 bulan.. hur.. diorang tadak rezeki.. dan kini aku sunyi dengan telatah mereka walaupun sememangnya mereka tiada bunyi.. Doakan KOKO dan LOLA bahagia di SYURGA.. amin..

4/15/11

Surat Untuk Kalian~

Hello there..!! Assalamualaikum..

Entri kali ini adalah ditujukan untuk kawan baik aku.. tapi korang2 yang lain pon boleh baca jugak.. dialu-alukan.. siapa kawan baik aku? stakat nie yang sentiasa berada disamping aku ada 3 orang la.. iaitu Izzati , Aida rafidah, dan hafinie.. aku nak tulis surat kat korang niew..~~ baca naaaa....



1) Surat untuk Noor Izzati Mazlan ~♥..♥..♥

Hai zatie.. awak apa khabar? awak macam sihat jew.. awak selalu suruh saya update blog saya sebab awak nak baca.. saya gembira awak jd pembaca setia saya.. TQ sayang.. disebabkan otak saya nie sudak tidak lagi dibelenggu oleh kerja-kerja PED, untuk malam ini saya meluangkan masa nak tulis surat kat awak~ tadi saya pegi J.J.. tgk bnyk wishing card.. tp saya pikir duit belanja saya makin kurang~ so saya terpaksa berjimat dan saya harap awak hanya boleh baca ucapan saya disini~ agak skema bukan ayat2 saya nie.. hehehehe..

You... u taw tak yang i suka sangat kawan dengan u.. sebab i rasa u lah kawan paling memahami penah i jumpa.. u sentiasa menyokong apa yang i buat.. tak kira lah perangai tue gedix sekali pon.. Then, i mintak maaf pasal macam banyak janji i kat u yang tak ditunaikan.. Contohnya, i janji nak teman u pergi beli almari.. tp i asik bangun tido lambat jew.. then asik x jadi teman .. sampai u pegi beli sendiri kat GIANT.. tapi u tak pernah merungut pasal apa yang i janji ngan u.. terima kasih kerana memahami.. yang pelik i tak penah rasa sakit hati dengan u.. dr diploma sampai lah sekarang i suka kawan ngan u lah.. hahahahaha..

Dah lama rasanya u tak dapat birthday gift dr i sejak u hilangkan jam yang i bg.. hahahaha.. tp x pa lah i ada bg hadiah sampingan kan even bukan birthday u.. harap u tak kisah la yer... ok la.. i kena tulis surat kat fida pulak nie.. bye..!!

2) Surat untuk Aida Rafidah

Hye B... u selallu ckp kat i cam tue kan... thank for being my friend.. i lambat skit rapat ngan u.. then x pernah duk skali jd banyak menda yang i tataw pasal u actually.. i enjoy kawan ngan u.. huhu.. i like to gossiping with u.. hahahaha.. then i wish u can meet a man who can appreciate u.. cz u are to sweet for them.. sebagai takan i ada pandangan i sendiri.. cz for me, u ada sedikit attitude yang tidak sabar.. then2 yang lain2 u mmg excellent.. i sayang u and nak tgk u bahagia.. if u gembira i and zati pon akan gembira.. 

i inspire u bila u wat kerja and belajar.. u amat sungguh2.. tak macam i dan zati.. kami suka main2 dan enjoy.. but it is good.. hehehehe... i tak pernah bagi u hadiah birthday kan.. adeh,.. next time la yer.. student ok.. tadak duet... hahahaha... u always take care of me.. TQ so much.. mmuuaaahhh...

3) Surat Untuk Nurul Hafinie

Hye u.. sori sepanjang kita bersama nie banyak i sakitkan hati u... sori sebab i selalu hasut u supaya ponteng kelas...hahahaha.. tapi u selalu jer setuju tampa membantah.. then, sepanjang u group ngan i, i taw u mesti terseksa.. sebab i selalu marah ngan u dan agak tegas dengan u.. sori.. tapi i hanya nak yang terbaik dan nak orang lain buat yang terbaik untuk kepentingan bersama.. u gv me that.. even dalam sesetengah perkara i ada x puas hati.. yang paling i tak puas hati bila u tangkap gambar i.. apasal slalu jauh2.. adeh.. dekatkan lah sikit jaraknya... i suka sebab u suka jalan2.. shooping, suka makan besar walaupun kita tak da duit.. semua tue sama ngan perangai i.. then, mintak maaf banyak2 sebab i selalu tak panctual.. selalu buat u tertunggu-tunggu..

Dan terima kasih juga sebab selalu sokong apa yang i suka dan apa yang i buat.. hehehehe... then i tak suka u ada 2 boifren.. mintak2 u setelkan masalah tue cepat2.. tak kira sapa yang u pilih tapi jadilah wanita yang setia dan dihormati.. hehehehe.. Bye....


Aida Rafidah, Me, Noor Izzati at bukit Tinggi
Me and Nurul Hafinie at Korea


3/29/11

40 perkara tentang manis madu..!!!

hi everyone..!!! nak tahu tak 40 perkara tentang manis madu??? kenapa 40 perkara??? entah.. sengaja nak letak 40.. eheks.. ok jom lihat bnyk menda positif atau negatif pasal manis madu nie ..

1) Tinggi /height hanyalah 159 cm (i wish i could more high than now) sigh~~


2) Warna sebenar mata adalah coklat gelap~
3) Seorang yang rabun dengan power kiri 125 dan kanan 100
4) Seorang yang sanggup berlapar kerana tak nak makan seorang diri dan malas memasak dirumah
5) Seorang yang cerewet tentang kerja
6) Sentiasa mahukan yang terbaik buat diri sendiri tapi gagal melaksanankan kerana sifat malas sentiasa berdamping dengan diri
7) Sangat tidak sukakan KUNCI
8) Perkara paling merimaskan diri adalah terpaksa membawa handset kemana sahaja (kenapa lah wujud telefon bimbit??)


9) Negara yang paling ingin dilawati adalah Jepun/ Japan.. teringin untuk stay disana tetapi bukanlah untuk jangka masa yang lama.


10) Sangat Suka lepak / habiskan masa di Mamak Restaurant
11) Sangat sukakan aksesori warna pink
12) Sangat sukakan baju berwarna hitam
13) Suka tengok cerita korea
14) Adalah seorang yang amat penyayang kepada Kucing
15) Tidak suka menjawab panggilan telefon ketika sedang tidur ataupun baru sahaja bangun dari tidur
16) Suka membaca tetapi bukan berkaitan dengan pelajaran ataupon course yang diambil di universiti


17) Suka makan sweeden meatball di IKEA
18) Tidak suka minum air berkarbonat / gas


19 ) Tidak makan makanan yang pedas
20) Tidak suka menda yang begitu manis
21) Nak Kahwin pada umur 28 tahun



22) Nak kahwin dengan orang utara (nie pon masuk senarai ka?)
23) Mempunyai kereta iswara berwarna hijau
24) Lahir pada 1988 iaitu tahun NAGA
25) Tidak tahu senyum dengan nampak GIGI
26) Suka mengedit gambar / love art / suka melukis



27) Suka bersepahkan bilik apabila mencari barang yang hilang
28) Tidak suka lipat baju
29) Tidak suka bercakap apabila sedang marah
30) Sukar tersenyum kepada orang yang tidak dikenali
31) Tidak Suka bercerita hal peribadi kepada ahli keluarga ( nie memang pelik). Lebih selesa dengan kawan baik.
32) Suka bercerita dan bercakap
33) Mungkin mempunyai darah jenis A, B atau AB
34) Suka menjadi ketua dan pencetus idea dalam kerja berkumpulan
35) Suka shooping dan window shooping
36) Benci kepada ular


37) Mudah jatuh cinta tetapi tidak suka bercinta
38) Tidak menepati masa .. i'm not panctual person
39) Seorang yang tidak cantik
40) Suka tidur dari makan~~~ (^_^)y

3/25/11

New Blog Header (mood: tak tahu nak buat apa dah)

Assalamualaikum... just nak publish new blog header yang bersawang, berlumut, berdaki, bersepah nie.. =) Actually tak cukup masa lagi nak menulis berjela-jela.. Dalam kepala nie banyak cerita yang nak ditaip.. tapi mood dan masa tidak mengizinkan.. lagi pun mana lah ada yang tertunggu-tunggu entri aku nie.. aku bukan glamour cam hanis zalikha (saya suka dia), maria elena, Fatin Liyana (asal kamu cantik sgt?? suka la), dan..dan..dan.. lagi sorang sapa? sapa-sapalah yang femes tue.. hehehe... ok lah nak publis new header jew.. bubye..!!

~new header~

ini adalah mengisi masa terluang sahaja.. gambar diambil sebaik sahaja pulang dr kelas.. for the first time aku pakai shawl mengikut trend masa kini.. layan~~


3/13/11

Feeling a little damn stressed..!!

assalamualaikum.. annyeonghaseyo..konichiwa..!!

just drop by to expressed my stressed..!! sob..sob..sob.. rasa nak nanges.. tp dah besar mana leh nangis.. x professional lah kalau nangis kan.. huh..!! wey.. kenapa niey wey..!! kenapa aku makin malas??? malas dalam segala hal? kerana kemalasan ini banyak memberi effect kepada kehidupan seharian aku.. actually aku tanak macam nie.. huhu..!! kenapa aku stress??

1) failed to manage my time
2) failed to complete my dissertation
3) failed to manage my financial
4) not enough time to done my assignment
5) no ideas to create superb design for my final project
6) miss my hometown..
7) until now, i did not found yet My MR GOOD ENOUGH (oppsss... nie sajew gatal letak) actually i'm not ready yet la..=)

so guys, cam na nak mengatasi masalah aku niew??? aku berangan ja banyak.. macam-macam la aku planning.. tapi satu pon tak menjadi.. aku malas pergi ke kelas.. minggu nie aku pergi kelas hari isnin ja.. kelas hari rabu dan khamis aku ponteng.. teruk kan aku.. nak kata aku tidur banyak tak pun.. online banyak pon tak... dah tue apa aku buat??? sedih la macam nie.. sekarang kan cam x da sapa nak nasihat dan x da tempat aku nak mengadu.. aku perlukan seseorang nak aku luahkan segala stress aku nie.. i know allah want to tested me.. aku tahu aku banyak lupakan DIA~~ subahanallah~~ teruknya umatmu ini.. 


2/12/11

Menjeguk sekejap ruang yang berhabuk..

hye..!! lama tak update... masa tue ada.. tp idea yang tak ada.. hahahaha.. ok lah.. sori kerana menjadi blogger yang tak berdisiplin.. report card saya pasti semua tanda merah kalau blogger ada report card.. hahaha.. ok.. da.... see latest of me.. oh ya.. LOVE OUR RIVER.. SPREAD THIS BECAUSE RIVER IS VERY IMPORTANT TO US.. chill..=)


1/18/11

Mari beli handbag dengan suka hati

assalamualaikum.. hye kawan-kawan.. gembira sebab lately dapat kawan-kawan blogger baru.. BERKAWAN BIAR BERIBU.. BERCINTA BIAR SATU DALAM SATU MASA.. kalau dia tamau kita.. kita cari yang lain pulak kan.. hehehe.. betol apa.. buat apa kita nak tunggu orang yang tamaw kita kan?? ok.. thinking..thinking.. take your time.. hahahha..

Untuk entri kali ini aku nak cerita.. aku pegi TTDI and lebih tepat lagi RASTA@TTDI.. mulanya hanya menemani kawan aku untuk mencari new stuff.. ok kami pon pegi la.. kami 3 orang taw (aku, fadh, and Cha). dekat RASTA nie ada kedai-kedai.. ada medan selera.. nak masuk kena bayar RM 2.00. tapi aku nasihat kan korang tayah masuk parking dalam.. parking jew kat luar-luar.. then jalan sikit untuk masuk ke kawasan lokasi.. tapi bagi mereka yang nak basuh kereta.. kat dalam tue ada CAR WASH jugak.. so bayar la RM 2 dan basuh kereta kat dalam.. but aku tak tahu la pulak cost untu cuci kereta berapa hinggit kat situ.. ok la gak kan.. sambil makan, beli barang dan boleh cuci kereta.. yang paling menarik kat sini adalah US US US CLOTHING. ataupun US3 Clothing.. kedai nie banyak sangant jual tas tangan atau handbag.. sling bag pon banyak.. dan harganya amatlah berpatutan.. selain dari itu ada jugak jual sunglasses, baju pompuan dan jugak baju lelaki.. tapi yang ingin ditekankan disini.. BEG KAT SINI MEMANG CANTIK-CANTIK.. COLOUR BEG SEMUA MACAM COLOUR LOLIPOP.. VERY JUICY.. RASA NAK MAKAN.. DAN RASA NAK BELI SEMUA BEG YANG ADA KAT SITU.. tak guna aku cerita panjang-panjang kan.. korang boleh pergi blog dia.. KLIK SINI

Dalam pada niat nak berjimat sempat juga aku grab satu beg.. dia jual RM 50 for two beg.. tak terbeliak mata aku?? tak membuak2 nafsu aku?? semestinya aku akan tergoda OK..!! aku pun cakap kat member aku nak tak kongsi beli beg yang RM 50 tue.. dia pon setuju.. dan aku dapat 1 beg dengan harga hanya RM 25 sahaja.. gembira bukan??? beg yang dibeli adalah seperti dibawah.. beg yang nie murah mungkin sebab nak clearance stock mungkin.. tapi ok la.. tambah collection beg aku kan..

pink colour ok..!!
3 bentuk geometri warna gold tue menampakkan beg nie vintage..

ada satu lagi beg aku minat.. warna biru.. kecik jew..tapi damn kiut aku cakap kat korang.. tak tipu punya... hahahhaa.. siyes cantik.. bikin hati jiwa raga aku cair jew.. hahaha... ok.. jangan lupa lawat blog US3 CLOTHING tue yew.. sila lihat serba sedikit gambar budget meletop kat bawah nie.. kalau tamau tengok budak cacat kat bawah nie pon sila baca quotes tue.. mungkin meaningful bagi you all.. kan.......






ok da... itu saja.. LOVE YOU ALL.. keep in touch ok..!!

1/14/11

Bila Perempuan Habiskan Duit = Gembira =)

assalamualaikum..

"Whoever said that money doesn't buy happiness didn't know where to shop."
The most popular word of the world "MONEY"
"If women didn’t exist, all the money in the world would have no meaning."
Quotes kat atas tue sebagai pembuka bicara cerita aku nie.. wanita amat sinonim dengan duit.. shopping.. berbelanja tak hengat dunia.. tapi actually lelaki pun sama.. i'm not arguing with that facts or debating with guys  for that statements.. For me, i like money than i like a man.. hahahah boleh ker??? hahahaha... apa-apa lah.. tapi memang kalau boleh habiskan duit untuk kecantikkan diri memanglah amat seronok.. for example dapat pegi spa, saloon, or shopping complex dan habiskan duit, memanglah sangat best.. rasa nak lompat-lompat jew seronok.. 

al kisah nya cerita aku nie begini.. pada 13/january/2011 kejadian ini berlaku.. pada pukul 5.30 petang aku dan kawan aku cik finie gogotz nie seperti biasa akan bermain badminton di playground kat umah aku.. dah main dalam 1 jam, hujan turun.. tak semena-mena perut aku nie lapar gila kot.. aku pon cakap la kat si finie nie.. " weh jom kita pegi makan kat old town.." si finie nie memang tak tahan goodaan apa yang aku ajak dia memang susah la nak tolak.. dah hujan tue aku pun hantar la scooter aku kat umah dan bawak la kereta menuju ke old town sek 7 shah alam.. ala.. yang dekat ngan petronas and jakel tue.. tempat kejadian adalah seperti dibawah.. sila lihat dengan senyuman.. =)

nak pilih ayaq paling mahai niey.. hahaha.. float2 gelas besaq..
" u, amik pic i kunon tgh kusyuk la dok pilih menu apa" hahaha.. dan jugak berlakon..
roti nak makan, mee nak makan.. steam rice pon nak.. heeeee!!!
lambat aih you nie pilih.. balas msg boifren dulu haih~~  
 
haha.. gambar makanan lupa nak amik.. gelojoh makan sampai lupa.. tak pa lah.. menu old town bukanlah luar biasa sangat pon.. so.. x amik gambar pon tak apalah.. kan?

lepas dah kenyang semua.. rasa nak hair wash kat saloon ja.. (akai nak perabih duit).. lagi sekali cik finiey gogotz nie bersetuju dengan cadangan aku.. dia mana tak penah setuju.. hahahaha... kunon la.. nak pegi hair wash jew.. nak taw apa terjadi sebaliknya??? sila lihat gambar2 di tempat kejadian.. sila lihat dengan senyuman =)
tengok.. saya bukan saja cuci rambut.. sekali dengan treatment..
waaa.. best2.. buat saloon cam saloon sendiri..
finie suka bob hair style cam kat buku tue
si gogotz nie pon treatment rambut gak.. nie dah after treatment..
maaflah dia memang senget sikit.. dia wat fringe hair cut.. comel kan..huhu
mula2 nak hair wash dan treatment ja.. tapi tiba2 rasa nak potong rambut lagi.. bengong tak aku..?
bryan tidak semena-mena pandang camera..
potong belakang dan di depan sikit.. my fringe tidak diganggu ok..
hasil rambut belakang selepas dipotong oleh bryan...

Dengan itu secara rasminya saya habis RM 92 untuk rambut saya hari nie.. hahah.. gumbira sungguh...bil description seperti berikut :
Hair wash + Straight treatment = RM 72
Hair Cut = RM 20

waaahh.. rambut saya terasa begitu lembut dan sihat sempurna.. dah tak perlu risau dengan rambut kusut.. (iklan sekejap).. kini saya rasa lebih anggun dan berkeyakinan.. terima kasih bryan.. hahahaha.. gediks giler...

Okeh.. si gogotz tue just abis RM 59 sahaja... Hair wash + basic treatment = RM 49.. Fringe hair cut = RM 10.. okeh.. itu saja.. gumbira duit abih.. balik duk umah diam-diam.. nanti tak cukup duit nak pergi KOREA.. hahaha... balik jew kat rumah... MOMO datang ,menyibuk.. dan aksinya seperti berikut.. gambar dibawah agak lucah.. sila lihat dengan mata tutup sebelah.. hahaha...
hey MOMO.. ko ingat ko gojes..??? hahahaha
okeh itu saja... daaaaa....