1/18/11

Mari beli handbag dengan suka hati

assalamualaikum.. hye kawan-kawan.. gembira sebab lately dapat kawan-kawan blogger baru.. BERKAWAN BIAR BERIBU.. BERCINTA BIAR SATU DALAM SATU MASA.. kalau dia tamau kita.. kita cari yang lain pulak kan.. hehehe.. betol apa.. buat apa kita nak tunggu orang yang tamaw kita kan?? ok.. thinking..thinking.. take your time.. hahahha..

Untuk entri kali ini aku nak cerita.. aku pegi TTDI and lebih tepat lagi RASTA@TTDI.. mulanya hanya menemani kawan aku untuk mencari new stuff.. ok kami pon pegi la.. kami 3 orang taw (aku, fadh, and Cha). dekat RASTA nie ada kedai-kedai.. ada medan selera.. nak masuk kena bayar RM 2.00. tapi aku nasihat kan korang tayah masuk parking dalam.. parking jew kat luar-luar.. then jalan sikit untuk masuk ke kawasan lokasi.. tapi bagi mereka yang nak basuh kereta.. kat dalam tue ada CAR WASH jugak.. so bayar la RM 2 dan basuh kereta kat dalam.. but aku tak tahu la pulak cost untu cuci kereta berapa hinggit kat situ.. ok la gak kan.. sambil makan, beli barang dan boleh cuci kereta.. yang paling menarik kat sini adalah US US US CLOTHING. ataupun US3 Clothing.. kedai nie banyak sangant jual tas tangan atau handbag.. sling bag pon banyak.. dan harganya amatlah berpatutan.. selain dari itu ada jugak jual sunglasses, baju pompuan dan jugak baju lelaki.. tapi yang ingin ditekankan disini.. BEG KAT SINI MEMANG CANTIK-CANTIK.. COLOUR BEG SEMUA MACAM COLOUR LOLIPOP.. VERY JUICY.. RASA NAK MAKAN.. DAN RASA NAK BELI SEMUA BEG YANG ADA KAT SITU.. tak guna aku cerita panjang-panjang kan.. korang boleh pergi blog dia.. KLIK SINI

Dalam pada niat nak berjimat sempat juga aku grab satu beg.. dia jual RM 50 for two beg.. tak terbeliak mata aku?? tak membuak2 nafsu aku?? semestinya aku akan tergoda OK..!! aku pun cakap kat member aku nak tak kongsi beli beg yang RM 50 tue.. dia pon setuju.. dan aku dapat 1 beg dengan harga hanya RM 25 sahaja.. gembira bukan??? beg yang dibeli adalah seperti dibawah.. beg yang nie murah mungkin sebab nak clearance stock mungkin.. tapi ok la.. tambah collection beg aku kan..

pink colour ok..!!
3 bentuk geometri warna gold tue menampakkan beg nie vintage..

ada satu lagi beg aku minat.. warna biru.. kecik jew..tapi damn kiut aku cakap kat korang.. tak tipu punya... hahahhaa.. siyes cantik.. bikin hati jiwa raga aku cair jew.. hahaha... ok.. jangan lupa lawat blog US3 CLOTHING tue yew.. sila lihat serba sedikit gambar budget meletop kat bawah nie.. kalau tamau tengok budak cacat kat bawah nie pon sila baca quotes tue.. mungkin meaningful bagi you all.. kan.......






ok da... itu saja.. LOVE YOU ALL.. keep in touch ok..!!

1/14/11

Bila Perempuan Habiskan Duit = Gembira =)

assalamualaikum..

"Whoever said that money doesn't buy happiness didn't know where to shop."
The most popular word of the world "MONEY"
"If women didn’t exist, all the money in the world would have no meaning."
Quotes kat atas tue sebagai pembuka bicara cerita aku nie.. wanita amat sinonim dengan duit.. shopping.. berbelanja tak hengat dunia.. tapi actually lelaki pun sama.. i'm not arguing with that facts or debating with guys  for that statements.. For me, i like money than i like a man.. hahahah boleh ker??? hahahaha... apa-apa lah.. tapi memang kalau boleh habiskan duit untuk kecantikkan diri memanglah amat seronok.. for example dapat pegi spa, saloon, or shopping complex dan habiskan duit, memanglah sangat best.. rasa nak lompat-lompat jew seronok.. 

al kisah nya cerita aku nie begini.. pada 13/january/2011 kejadian ini berlaku.. pada pukul 5.30 petang aku dan kawan aku cik finie gogotz nie seperti biasa akan bermain badminton di playground kat umah aku.. dah main dalam 1 jam, hujan turun.. tak semena-mena perut aku nie lapar gila kot.. aku pon cakap la kat si finie nie.. " weh jom kita pegi makan kat old town.." si finie nie memang tak tahan goodaan apa yang aku ajak dia memang susah la nak tolak.. dah hujan tue aku pun hantar la scooter aku kat umah dan bawak la kereta menuju ke old town sek 7 shah alam.. ala.. yang dekat ngan petronas and jakel tue.. tempat kejadian adalah seperti dibawah.. sila lihat dengan senyuman.. =)

nak pilih ayaq paling mahai niey.. hahaha.. float2 gelas besaq..
" u, amik pic i kunon tgh kusyuk la dok pilih menu apa" hahaha.. dan jugak berlakon..
roti nak makan, mee nak makan.. steam rice pon nak.. heeeee!!!
lambat aih you nie pilih.. balas msg boifren dulu haih~~  
 
haha.. gambar makanan lupa nak amik.. gelojoh makan sampai lupa.. tak pa lah.. menu old town bukanlah luar biasa sangat pon.. so.. x amik gambar pon tak apalah.. kan?

lepas dah kenyang semua.. rasa nak hair wash kat saloon ja.. (akai nak perabih duit).. lagi sekali cik finiey gogotz nie bersetuju dengan cadangan aku.. dia mana tak penah setuju.. hahahaha... kunon la.. nak pegi hair wash jew.. nak taw apa terjadi sebaliknya??? sila lihat gambar2 di tempat kejadian.. sila lihat dengan senyuman =)
tengok.. saya bukan saja cuci rambut.. sekali dengan treatment..
waaa.. best2.. buat saloon cam saloon sendiri..
finie suka bob hair style cam kat buku tue
si gogotz nie pon treatment rambut gak.. nie dah after treatment..
maaflah dia memang senget sikit.. dia wat fringe hair cut.. comel kan..huhu
mula2 nak hair wash dan treatment ja.. tapi tiba2 rasa nak potong rambut lagi.. bengong tak aku..?
bryan tidak semena-mena pandang camera..
potong belakang dan di depan sikit.. my fringe tidak diganggu ok..
hasil rambut belakang selepas dipotong oleh bryan...

Dengan itu secara rasminya saya habis RM 92 untuk rambut saya hari nie.. hahah.. gumbira sungguh...bil description seperti berikut :
Hair wash + Straight treatment = RM 72
Hair Cut = RM 20

waaahh.. rambut saya terasa begitu lembut dan sihat sempurna.. dah tak perlu risau dengan rambut kusut.. (iklan sekejap).. kini saya rasa lebih anggun dan berkeyakinan.. terima kasih bryan.. hahahaha.. gediks giler...

Okeh.. si gogotz tue just abis RM 59 sahaja... Hair wash + basic treatment = RM 49.. Fringe hair cut = RM 10.. okeh.. itu saja.. gumbira duit abih.. balik duk umah diam-diam.. nanti tak cukup duit nak pergi KOREA.. hahaha... balik jew kat rumah... MOMO datang ,menyibuk.. dan aksinya seperti berikut.. gambar dibawah agak lucah.. sila lihat dengan mata tutup sebelah.. hahaha...
hey MOMO.. ko ingat ko gojes..??? hahahaha
okeh itu saja... daaaaa....

1/13/11

Teori ayam berkokok..!!

assalamualaikum everybody... muaaahhhh sana.. muaaahhhhh sini.. laga pipi bagai.. hahahaha...

sila pandang saya dengan penuh senyuman....=)
Bila pagi sebelum subuh lagi ayam jantan dah berkokok.. macam dah jadi satu tugas dia pulak kan.. tapi memang orang cakap ayam akan berkokok di waktu pagi.. walaupon tengah hari pon selalu jew dia berkokok.. tak kira masa.. petang ke.. cuma malam la tidak.. seingat aku la.. bagi mereka yang duduk dibandar ditengah kota raya pasti jarang bunyi kokokkan ayam.. bagi aku budak kampung.. yang dari kecil dibesarkan di kampung memang dah biasa la.. but lately dah kurang ayam bunyi.. sebab kat rumah aku pon dah tak da ayam kampung.. yang kecik-kecik kena makan dengan musang.. yang besar-besar ada yang dah disembelih masa raya.. sebab ayam kampung buat rendang adalah sangat sedap ok..!!

Kenapa tajuk teori ayam berkokok?? sebab semalam masa makan kat restoran LAWANGSARI kat pusat komersial seksyen 7 aku teringat kisah masa kecil aku.. secara tidak langsung aku pun bercerita dengan rakan aku.. al-kisahnya macam nie.. pernah tak anda merasa bertapa excitednya nak pergi tadika?? mesti pernah kan.. macam tue jugak lah aku.. masa umur 4 tahun lagi aku dah sekolah tadika.. sebab Kak Ngah aku cikgu tadika masa tue.. akan tetapi masa umur 5 tahun aku dah x pergi sekolah semula.. sebabnya kak ngah aku kawin dan berhijrah ke perak.. so for 1 year aku hanya bermain dirumah.. masa 6 tahun mak aku hantar semula aku ke tadika.. masa tue.. ya allah bapak excitednya aku nak pergi tadika semula.. mak aku dah siap iron baju aku semua malam sebelum ke tadika tue.. masa mak aku iron baju aku tanya mak aku.. perbualannya lebih kurang seperti berikut...

Aku : Esok pergi tadika siapa hantar?
Mak : Ayah la hantar.. 
Aku : Mak ikut sekali ker?
Mak : La.. buat apa nak ikut.. kan dah pernah pergi tadika..
Aku : Esok kena pergi tadika pukul berapa??
Mak : Pukul 7 bangun la.. sebab kena pergi tadika pukul 8.00.
Aku : Pukul 7 tue macam mana ? 7 kali ayam berkokok ker?
Mak : Bukan.. Pukul 7 tue jarum pendek dekat nombor 7 jam panjang kat nombor 12. Tak pa.. nanti mak kejut la adik..
Aku : Owh.. (sambil masih blur.. macam mana pukul 7.. tapi aku terus masuk tidur..)

gambar dari google..

Tiba-tiba aku terjaga dari tidur.. aku dah lupa yang mak aku cakap pukul 7 tue bila jarum pendek kat nombor 7.. aku masih yakin dengan teori ayam berkokok aku.. masa aku terjaga tue kebetulan bunyi ayam berkoko.. aku kira sampai tujuh kali dan dengan excitednya aku mengejutkan mak aku.. mak aku pun bangu tanpa melihat jam.. memandikan aku dan menyiapkan aku.. masa tue jugak mak aku mengomel kenapa dia tidak sedar bunyi jam loceng.. sedangkan dia kunci jam loceng.. selepas selesai berpakaian lengkap mak aku mahu kedapur menyiapkan sarapan.. tiba-tiba mak aku terpandang jam didinding.. hahahaha... rupanya baru pukul 5 pagi.. patutlah ayah aku sedap tidur lagi.. mak aku ketawa sendirian.. mak aku suruh aku tidur balik.. sebab masih awal.. tapi aku cakap nak pakai jugak baju tadika nie.. dah lah time tue botol air sling dah berada dibadan ku.. aku tak nak jugak tanggal.. dan aku tidur kembali dengan baju tadika, botol air sling.. dan beg SWAN warna oren ditepiku.. hahaha... sangat excited aku kan.. lawak-lawak...

1/12/11

Saya Pelajar UiTM

Salam.. sangat tertarik dengan kategori blog malaysia kali ini.. nak join? Klik sebelah  BLOG PILIHAN MALAYSIA

sebelum nie aku agak malas nak join mendalah macam nie.. kali nie macam rasa best sebab secara tidak langsung aku boleh popularkan kursus yang aku ambik kat UiTM nie.. UiTM?? ramai cakap universiti tolong MELAYU.. bukan tolong ok.. itu memang hak melayu.. kami bukan bodoh atau tidak mampu belajar ditempat lain.. kami adalah manusia terpilih untuk meneruskan perjuangan melayu.. kami masuk sini bukan kerana keputusan SPM kami teruk.. sebab kami insan terpilih.. lecturer aku cakap.. dont looked at where we come from but look forward where we are going..

Ok.. lets start..

aku adalah pelajar UiTM, Shah Alam. Kursus apa? Degree in Construction Management.. Fakulti apa? Fakulti Seni Bina, Perancangan dan Ukur.. Sekarang adalah last semester aku.. so insyallah dalam bulan 5 2011 nie aku grad lah..(waaaa.. tak sabar nak habis).. aku dah bercinta dengan UiTM nie hampir 5 tahun.. 3 tahun diploma dan 2 tahun degree.. masa diploma dulu kat UiTM Seri Iskandar, Perak.. masa tue aku amik Diploma in Building.. so bila dah habis aku pon berhijrah ke shah alam untuk amik degree pulak.. dan selesai sahaja degree dan mendapat segulung ijazah maka aku akan pening pulak dengan hutang aku yang menggunung tinggi dengan PTPTN..(haha.. selingan)

Mula-mula aku nak cerita pasal diploma dulu sikit.. aku masuk ngam-ngam bulan 7.. so first intake.. masuk-masuk biasa la kena MMS.. bukan multimedia message la.. MINGGU MESRA SISWA..it's something like orientation week.. mesra sisawa?? tak la mesra.. orang yang aku mesra time minggu tue pon aku dah tak ingat dah.. hahaha.. bila start kelas pulak aku sangat excited lah.. yer la nak kenal kawan baru.. then aku pun nak taw jugak apa course aku nie belajar tentang apa sebenarnya? sebab masa isi UPU tue aku main hentam ja isi.. Bila sebut DIPLOMA in BUILDING nie aku jadi blur.. tak tahu apa-apa. sebab aku budak sains time sekolah dulu.. oooo.. rupanya belajar pasal pembinaan.. bina bangunan, bina jambatan, bina infrastruktur.. kira-kira course nie untuk mereka yang nak bekerja dibawah syarikat kontraktor.. oo.. baru taw la masa tue terms construction.. sebelum nie satu hapa aku tak taw.. classmate aku sangat best.. nak tengok diorang?? sila lihat dibawah dengan senyuman =)

AP 116 /D - sila klik untuk gambar jelas
masa nie trip ke genting untuk kaji pasal steel structure (kerangka besi)

Builder Batch july 2006 - batch aku.. campur2 4 kelas.. tapi tak semua ada..

suka yer dengan gambar diatas?? ok sambung plak dengan cerita masa degree nie.. memang kena banyak sikit baca.. sbab aku bercinta lama dengan UiTM nie.. ok masa degree nie pulak macam lain sikit.. sebab environment dah lain.. tapi mostly kawan-kawan yang sama.. cuma ada sikit-sikit la yang dari cawangan lain dan course lain yang menerjah ke course aku.. belajar pun dah makin susah.. yer la.. kalau lepasan diploma boleh kerja jadi site supervisor.. tapi bila lepasan degree boleh jadi project manager.. jadi belajar pun makin susahlah.. tapi tak kisah la tue.. adat belajar kan.. mana ada benda senang..jadi kawan-kawan aku time degree pulak seperti dibawah.. sila lihat dengan senyuman =)

semasa trip ke NUSAJAYA-JOHOR

sangat happy kan kami.. memang happy belajar di uitm.. tak percaya tanya budak-budak uitm..

KENANGAN MANIS :
- benda nie tak berlaku lagi.. tapi aku nak tulis jugak kat sini.. kelas aku akan pergi ke korea insyallah bulan 3 nie.. suka bangat weh.. biarlah tak pergi lagi.. tapi nak jugak aku mention kat sini..
- mendapat gelaran 'the most good presenter' oleh PN.SITI JAMIAHTUN JAMIL masa diploma.. popular aku time tue..hahaha (riak gila)
- mendapat anugerah 'dekan' semasa diploma.. degree?? tak dapt la weh.. susah.. hahaha...

KENANGAN PAHIT:
- mendapat surat saman sebanyak 4 kali semasa diploma kerana tidak memakai pakaian mengikut sahsiah rupa diri UITM dan tidak memakai kad matrix..
- abang senior aku yang aku minat selama 1 tahun secara diam rupanya dah ada awek, dan awek dia tue gediks.. (hahaha.. kecewa)
- Muka aku alahan dengan air paya.. akibatnya muka aku tumbuh bijik2 nanah dan kemerahan.. nie semua angkara camping bomba masa diploma.. scary beb muka time tue.. sebulan nak elok.. semua lecturer tegur dan simpati..

waaahhhh... berjela jugak aku menaip.. tue lah excited kan cerita pengalaman di UiTM.. maklumlah UiTM DI HATI KU.. cheeewwwaaahhh.. ok... da....

1/11/11

Saya Suka Awak Bila...

Saya suka awak bila awak cakap saya COMEL..
Saya suka awak bila awak pegang tangan saya dan letup-letupkan jari saya..
Saya suka awak bila awak CEMBURU..
Saya suka awak bila awak cakap awak rindu saya..
Saya suka awak bila awak tanya khabar saya..
Saya suka awak bila awak excited nak beli HAPPY MEAL kat MCD sebab nak kumpul patung X-MEN
Saya suka awak bila awak tengok bola..
Saya suka awak bila awak cakap awak juga suka giler kat SLASH sama macam saya
Saya suka awak bila awak excited cerita pasal kucing awak yang bisu, kucing awak yang tak pernah mengandung dan kucing awak yang tak balik rumah sebab takut kena marah akibat adiknya mati semasa diorang pergi cari burung..
Saya suka awak bila awak cakap awak suka KUANTAN..
Saya suka awak bila awak marah saya tak tengok BERITA..
Saya suka awak bila awak tanya pasal study saya..
Saya suka awak bila awak pegang PIPI saya..
Saya suka awak bila awak pujuk saya dengan bawak saya pergi jalan-jalan..
Saya suka awak bila saya marah dan awak diam dan dengar..
Saya suka awak bila awak tenang selesaikan masalah kita..
Saya suka awak bila awak sudi luangkan masa bersama saya walaupun awak sibuk..
Saya suka awak bila awak cerita pasal cerita NO ORDINARY FAMILY, dan cerita tue feveret saya dan awak..
Saya suka awak bila awak cakap awak pon minat Johny deep..
Saya suka awak bila awak cakap awak suka angelina jolie sama macam saya..
Saya suka awak bila awak pakai baju lengan panjang jeans koyak (tapi style) dan selipar.. its cool honey.!!
Saya suka awak bila awak pegang telinga saya..
Saya suka awak bila tengok muka awak time tengok rancangan sukan..
Saya suka awak bila awak nasihat saya dalam dunia nie tiada apa yang mudah..
Saya suka awak bila awak suka cerita kat saya pasal dunia semasa.. hahaha.. yang paling pelik awak lebih tahu cerita artis dari saya.. hahahha.. pelik2..
Saya suka awak bila awak ingat semua yang saya cerita lepas-lepas dekat awak.. good memory.. huhu...



Banyak lagi saya suka tentang awak.. tapi banyak jugak yang saya menyampah.. tapi saya tetap suka awak... walaupun saya suka awak tak semestinya kita perlu bersama kan.. biarlah orang cakap saya pelik sebab suka awak.. sebab saya memang suka menda pelik.. huhu.. SAYA SUKA AWAK LA...

1/8/11

Duit....Duit....Duit..Oh.. duit..Telecomunication anttena

assalamualaikum...

pic bersama minnie mouse sebagai pembuka cerita..!! (finie bagi utk my birthday 2010)

Ok.. start dari hari khamis aku dah pening dengan nama-nama niew TAWANG, TAMAN TIONG, KOK LANAS, KUTAN, PERUPOK, TAKANG.... haih.... nie semua nama-nama tempat kat kelantan.. aku pun tak taw kat mana tempat nie.. nie semua pon kerana kerja part time aku buat report untuk satu company contractor nie.. kerjanya siapkan report yang diorang da siap pasang microwave dan antenna celcom.. baru lah aku taw selama nie nak pasang line celcom nie kena ada microwave.. pastu kena pasang antenna.. at least 3 antenna kena pasang.. ataupun dia panggil sector... hahahahaha... aku tunjuk skit kat korang rupa tower telekomunikasi.. actually korang selalu sangat tengok mendalah nie...

ini lah dia towernya.. setinngi 60 meter

yang korang nampak gedabak-gedabak besar kat tower tue dia panggil microwave.. pastu yang nampak cam panjang tersangkut tu pulak nama dia antenna.. yang company pasang semuanye ada 3 sector.. aku tak taw la kalau boleh lebih dari 3.. okeh selalunya tower nie ada yang 4 lagged and 3 lagged.. selalunya kalau 4 lagged dia mesti tinggi 60 meter.. kalau 3 lagged mesti dalam 45 meter.. ni kesimpulan aku wat sendiri.. kalau salah mintak ampun.. hahahahahaha

buat punya buat.. memang pening.. nama tempat nak dekat sama.. link pasang pon dekat sama. pastue setiap site candidate site nie ada no ter sendiri berserta clauster number... hahaha... 3 hari kot aku mengadap menda niew... tapi ok lah.. aku taw serba sedikit...aku nak share sikit ngan korang apa yang aku taw...

TNB supply yang mesti ada dia kawasan site
TNB meter
pandangan dari atas tower
equpment yang perlu ada.. kat dalam ada DU ngan retifier
cabble ladder

hahahaha tue ja aku taw.. next time kalau aku taw benda baru, aku bgtaw korang eh.. daaaaa....

1/7/11

Introducing my new pet...KOKO...

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca halaman ini... okeh.. nothing important to story here but just to introduce my new pet which called KOKO.. Koko nie seekor rabbit yang comel.. kitorang beli kat tasik seksyen 7 shah alam dengan harga RM 30 seekor.. aku tak ada pengalaman memelihara arnab sebelum nie.. dari pemerhatian aku bela kucing lagi best dari bela arnab.. cuma bela arnab lagi senang.. tak banyak hal... kalau kucing nak kena urus tempat berak dia semua kan.. tapi arnab just letak dalam cage letak botol air and pallet and sometimes bagi some vegetable.. but arnab tak mesra dengan manusia macam kucing.. kucing boleh paham kita cakap.. boleh bagi feedback.. boleh bercakap dengan kita.. arnab cumel jugak.. suka jugak tengok telatah dia.. mungkin aku belum memahami macam mana nak bermanja dengan arnab.. huhu.. ok.. kita stop dulu cerita.. kita tengok pulak aksi-aksi KOKO ok..

dia jilat/gigit tangan dia

front

back and side


front and side

perbezaan size aku dan KOKO

comel tak koko?? ada pet baru pets lama tidak dilupakan.. i love momo, uteh and bubu so much.. tapi momo lebih sikit dari yang lain.. buktinya seperti di bawah....

kami ada 'CHEMISTRY'.. hahahaha..

okeh.. itu aja untuk entri ini.. daaaa.....

1/3/11

Application of part time job..

Hello readers.. hahaha... cm ramai jew readers aku kan... padahal berapa orang jew baca.. tue pon aku yang paksa.. hahahaha... ok.. today is my first class after about two month aku duduk rilek-rilek jew dari belajar.. so.. my first day is quiet good and there is no wrong if i said my first day make me feel, yeah..!! aku mesti berjuang habiskan study and going to make me proud of myself for this semester.. see, today I'm so fresh and full of energy to learn the new things about construction and management.. huh..!! my previous examination result is quiet bad.. especially dissertation and production management.. it is ok.. maybe it is a moral value that really meaningful for me.. ok.. today 3 lecturers yang masuk.. two of them for construction technology subject and the other one for MGT 565 which is management subject.. huh..!! i have to score both subject and need to focus more because i have to attend final exam for these subject.. Ingin saya tekankan disini saya suka dengan cara Assoc. Professor Sr. Ruslan (if i'm not mistaken to spell his name).. wah.. tue yang semangat sangat nak belajar MGT 565 nie.. hehheeee.. hope semangat nie berterusan sehingga ke akhir lecture..INSYALLAH..

Ok.. actually yang atas tue just for the introduction untuk karanga cereka aku pada kali ini.. Cerita sebenar aku adalah aku mungkin akan mengalami masalah kewangan pada masa akan datang.. hahaha,.. tak ada masalah lain la ku nie.. tak habis-habis la dengan masalah kewangan aku nie.. because money is everything to me.. money can make people like me..appreciate me.. make me happy.. plus minus money is one of important thing selain family didunia aku.. ok.. today one's of my classmate buat pengumuman yang we are going to korea for our trip for this semester.. lebih tepat lagi for subject PED.. apa tue PED?? erk.. aku lupa la nama panjang dia.. hahahaha.. orang sebut PED aku pun sebut r.. padahal tak taw nama panjang.. But yang aku tahu itu adalah subject yang paling penting untuk last semester nie.. it is something like final project, ada weekly assessment, ada presentation semua la dengan panel.. so it is quite difficult but if we have afford and creative, insyallah that subject will going to help us get better pointer..OK.. so KOREA.. nak pegi korea nie jauh.. mau la naik kapal terbang paling kurang 5 jam tak silap aku la.. sebab masa aku pegi bandung pun lebih kurang 2 jam. kalau tengok dalam peta korea lagi la jauh.. so member aku dah pesan, at least kitorang kena simpan setiap sorang RM 1K untuk trip nie.. tadi zack (classmate) cakap kami akan pergi 5 hari 4 malam.. dia cakap lagi kos penginapan dijangkakan RM 70 per day.. which mean for 4 nights we are going to spend RM 280 per person.. dan katanya lagi kos untuk tiket pergi dan balik adalah RM 700 setiap sorang.. aku so kat situ dah RM 980 rite?? plus minus RM 1K gak.. but tak masuk lagi kos-kos sampingan lagi.. itu adalah kos minimun yang dijangkakan.,.. pasport kena buat sendiri.. alhamdulillah aku dah ada pasport.. so save cost for pasport... kami kena cari sponsor unuk cutting our cost.. maybe kalau dapat sponsor kos untuk penginapan dan makan dah tak payah tanggung.. just spend RM 700 for trip ticket.. so dengan calculation yang kabur nie aku dah mula merasakan hidup aku untuk semester ini gelap bagaikan zaman resonance.

waaaaa..aku sangat risau.. kalau boleh aku tak nak menyusahkan parent aku dengan bebanan kewangan.. cukuplah dah dekat 5 tahun aku kat university nie da banyak aku habiskan duit diorang.. jadi dalam perjalanan aku balik dari kelas tadi sambil menunggan scooter EGO ku aku meluahkan cadangan kepada kawanku yang apa kata kita cari part time job.. kawan aku tanya nak kerja kat mana??? aku cakap la kat GUARDIAN yang dalam giant kat sek 7 nie.. giant baru bukak.. ganti pasaraya bintang.. so aku fikir mesti dia nak pakai pekerja kan.. tanpa berfikir panjang aku pun terus pusing balik pergi ke giant dan terus ke guardian....

kitorang pun isi la form yang diberi oleh akak kat guardian tue.. lepas isi semua akak tue cakap boleh kerja bila.. aku pun cakap, yang konfirm boleh kerja hari jumaat sampai ahad.. yang tue confirm.. tapi hari lain after 4 petang baru boleh masuk kerja.. akak tue cakap dia kalau boleh nak yang boleh kerja hari-hari.. tapi akak tue cakap nak contact kami semula. so tak tahu lah aku dapat or tak kerja tue.. hope dapat la kan.. dapat menampung perbelanjaan aku sem nie.. doa2 la dapat.. tapi kalau tak dapat tue aku kena try tempat lain la pulak kan... so.. itulah cerita aku for today.. huhu,, sori la kalau penat membaca.. aku yang menaip nie lagi penat... ok la.. thanks for reading...da.....

1/2/11

Cinderella Story

hye everyone.. hari nie aku nak tunjuk video.. suka tak?? tapi tak boleh pecah panggung lawan DDR (Dato' DR. Rozmey) la hehehe.. pecah punggung ada la.. video nie dah lama pembikinannya.. ianya adalah assignment aku untuk 3rd language di UiTM.. untuk Japanese language part 3.. dengan menggunakan idea aku yang tak berapa kreatif ni.. aku bersama dengan geng aku lepak-lepak kat pelita seksyen 9 shah alam dan aku mencadangkan nak buat video kali ini bertajuk CINDERELLA.. hahaha.. tanya la semua budak perempuan.. semua pon semua nak jadi cinderella.. suka tengok cerita cinderella.. sebabnya happy ending.. kan..kan..kan...??? ok dalam cerita tue aku jadi kakak tiri.. sesuai la ngan muka aku yang garang nie.. video diatas dishoot dirumah aku di shah alam.. video diedit oleh aku gak.. sorry la u oll x da subtitle.. masa aku edit nie serius tak da masa.. berlambak assignment kena siapkan.. hahaha.. biasalah.. aku nie terkenal buat kerja last minute. tanya la kawan-kawan aku.. semua akan bersetuju.. okey.. harap u oll enjoy ngan short movie yang bertajuk 'CINDERELLA STORY' nie.. daaaaa...

para pelakon handalan lagi terkenal adalah :

Aida rafidah atau lebih dikenali dengan FIDA

Nurul Hafinie a.k.a fee-niey gogotz
ayrida nordin

noor izzati a.k.a baby milo
manis madu


really enjoy time pembikinan filem nie.. eh.. video nie.. walaupun perut lapar gila kot.. hehehe.. tgk taw video diatas.. rugi kalau tak tengok.. huhu