7/7/11

3,2,1 CINTA - komen -ve dari aku..

3,2,1 CINTA - minggu lepas. aku punya la bosan, ari ahad tak da cerita best pon. Aku pon beli la cerita 3,2,1 CINTA berharga RM 15 tu kat astro first. cerita dia boleh tahan la.. Love comedy, tapi...tapi...tapi... banyak part jugakla yang aku tak suka dan rasa macam.. hek aleh, menda-menda macam nie patut dah tak berlaku.. antara komen negatif aku adalah :



1. Mula-mula cerita dia letak besar lambang unisel. budak-budak buat pendaftaran kat unisel.. tali kad matrix pon unisel. Tak kisah la berlakun kt uitm. Tapi kenapa tak elakkan dari shoot lambang UiTM. Glass door besar2 lambang UiTM, kenapa tak dari awal buat depa tue belaja kat UiTM. Ker aku yang tak paham cerita nie? Pastue pak guard pon pkai topi lambang UiTM.. Aku rasa mula2 cerita dia tunjuk tempat pendaftaran UNISEL.. kalo aku salah tolong betulkan yer...

2. kenapa mesti dia nak mention perkataan 'BEROMEN' tue. tak da perkataan senonoh sikit ker? berdating ker.. kan..kan...

3. Pastue pasal pakaian.. aku dah belajar kat UiTM 5 tahun.. setahu aku tak boleh pkai skirt pendek, pakai singlet dalam kawasan kampus. Kalau la dia kata Unisel. UiTM shah Alam nie x jauh pon dr unisel. Tak pernah pulak mereka pkai attire cm tue.. kalo universiti macam lim kok wing, sunway, tailor's dan seangkatan dengannya tue logic la kan nak pakai mcm tue.. hehhehe.. kenapa tak boleh buat logic skit????

OK... tue jer yang aku tak puas hati pasal cerita tue.. sebenarnya bosan nie.. tue la aku mengarut skit.. bye..!!

7/6/11

Kenapa saya sokong perhimpunan BERSIH??

hye.. aku pon nak menyibuk jugak dengan isu hangat laaa nie.. aku nak cerita menda nie secara ringkas.. sebab aku malas nak taip panjang-panjang.. hanya meluahkan pendapat di blog yang tak berapa nak ada orang jenguk nie.. (yang jenguk pon stalker yg tak suka ngan aku jew..hehehe)..

first : Sebab perhimpunan nie bersih.. memang tidak sesuai buat dijalanan tapi mereka nak buat kat stadium tue kira ok la kan. sebelum nie depa nak wat tempat terbuka sebab masalah kewangan. kalau kerajaan memang boleh buat tempat proper sebab ada peruntukan kewangan. tapi pihak pembangkang harus menggunakan kewangan mereka untuk kos-kos lain.

second : sebab negara kita adalah demokrasi. so, tak salah pihak membangkang nak bersuara. Lagi pun kalau tiada yang membangkang pihak kerajaan tak akan rasa tercabar. secara tidak langsung kerajaan akan cuba bersungguh-sungguh untuk mengekalkan kedudukan dan buat yang terbaik untuk rakyat.. jadi itu skaha satu isi penting aku.. dengan adanya pembangkang kerajaan sentiasa buat improvement untuk membetulkan segala kekurangan demi kepentingan akyat.

third : it's logic ok.. cz pilihanraya dah tak lama.. kerajaan boleh melontarkan segala maniefesto mereka mengapa tidak pembangkang. Kata negara demokrasi. jadi kita ada hak untuk bersuara dan membuat pilihan. tindakan kerajaan sekarang ibarat tercabar dan goyah dengan tidakan pembangkang dengan perhimpunan bersih nie


note : SAYA BUKAN MENYOKONG PEMBANGKANG.. saya tak terfikir pon nak mengundi lagi.. daftar pun tak.. cuma saya hanya meluahkan pendapat.. CUMA BERHARAP KERAJAAN BERFIKIR & MEMBERI YANG TERBAIK UNTUK RAKYAT DAN BUKANNYA HANYA UNTUK KEPENTINGAN MEREKA SENDIRI.. sekian..