10/7/12

Imagine Me Without You..

As long as stars shine down from HeavenAnd the rivers run into the seaTill the end of time, foreverYou're the only love I'll need
In my life You're all that mattersIn my eyes the only truth I seeWhen my hopes and dreams have shatteredYou're the one that's there for me
When I found You I was blessedAnd I will never leave You, I need You
Imagine me without YouI'd be lost and so confusedI wouldn't last a dayI'd be afraid without You there to see me through
Imagine me without YouLord, You know it's just impossibleBecause of You, it's all brand newMy life is now worth whileI can't imagine me without You
When You caught me I was fallingYour love lifted me back on my feetIt was like You heard my callingAnd You rushed to set me free
When I found You I was blessedAnd I will never leave You, I need You
Imagine me without YouI'd be lost and so confusedI wouldn't last a dayI'd be afraid without You there to see me through
Imagine me without YouLord, You know it's just impossibleBecause of You, it's all brand newMy life is now worth whileI can't imagine me without You
When I found You I was blessedAnd I will never leave You, I need You
Imagine me without YouI'd be lost and so confusedI wouldn't last a dayI'd be afraid without You there to see me through
Imagine me without YouLord, You know it's just impossibleBecause of You, it's all brand newMy life is now worth whileI can't imagine me, I can't imagine me without You
********************************** MY FAV SONG EVER********************************************

Kerja . Cinta . Kesihatan

Hari ini Ahad, 7/10/2012, pukul 1.18 a.m masa aku taip nie.. kat luar guruh bunyi.. jadi petanda nak hujan tue ada.. aku nak taip cepat2 supaya x rugi masa tido aku.. best woo tido time hujan.. nak2 pulak esok last plak cuti.. best2...

KERJA

Now kerjaya aku ok.. walaupun gaji x banyak mana boleh la dok bujang kan. anak2 x da lagi.. haha.. walaupun sebernarnya kalau ikut kehendak mmg sangat tak cukup.. 

BOS?? ok jer dia.. dia seorang yang sangat prihatin.. tak pernah marah aku. kalau aku mengaku aku buat salah dia akan gelak dan cakap " NOBODY PERFECT".. bagus kan dia.. 

OFFICEMATE??? Double triple ok.. mereka yang sgt sporting dan open minded.. KAWAN yang paling rapat aku kat ofis adalah AMY KAREN ANDREW.. sebab dia bengong2 sikit so kami amat serasi.. hahaha..

SITE STAFF??? ada yang ok ada yang tidak.. maksud aku ada yang memberi kerjasama dan ada yang tidak.. aku yang hari2 liaise dengan diorang nie kena banyak bersabar lah.. Ada routine mereka yang agak aku tidak suka sebab mereka suka main POKER kat FB.. kerja kat site banyak terbengkalai.. bukan sebab utama la.. hahaha

CINTA

Kami dah dekat sebulan tak jumpa.. Dia bz aku pon bz.. alhamdulillah kami memahami dengan kerjaya masing2.. pergaduhan tak bleh dielakkan.. bagi aku yang suka buat kepala sendiri memang lah akan kene marah dengan dia yang bukan seorang yang penyabar.. tapi kami tetap akan berbaik semula selepas satu hari. hahaha... LOVE YOU...!!

KESIHATAN

Dah dekat sebulan aku betol2 menjaga kesihatan aku.. dari segi pemakanan dan gaya hidup.. alhamdulillah aku senang denga routine sekarang.. badan rasa sihat dan hati rasa gembira.. mula2 memang payah nak ubah cara hidup.. tapi itulah yang terbaik.. badan nie nak pakai lama kan.. thanks kat officemate yang sentiasa sokong aku menjalani kehidupan yang sihat.. bukan aku nak skinny but i'm try to be fit. dan tiada apa yang nak dikecapi dengan mudah dalam dunia nie.. no pain no gain.. and now aku happy dengan apa yang aku buat..


Last but not least.. my new photo...!! =)

Lipstik nie cantik kan.. hehehe

4/3/12

Our First Date


Ini adalah edisi gedik + bosan + merindui + bengong + tak boleh tidoq. Sapa geli @ menyampah sila muntah. Sebab sekarang memang aku tengah budget sweet buat benda-benda macam nie.. Tak sabaq nak cherita kat anak kami nanti kami first dating kat taman KLCC ditemani mak cik linda, mak cik liena dan tak dilupakan mak cik umi. hahahaha.. Ok semua ini khayalan semata-mata. tak payah nak berangan sangat la manis oiiii.. Chow..

4/2/12

SENSITIVE ISSUE

HELLO GUYS... pelik tak. pelik tak???? pelik kan.. aku rajin update blog beb.. susah aku nak rajin macam sekarang nie.. ok. today what i wanna to blog about isu perkauman.. 1 MALAYSIA.. hurm.. as you know guys before this aku kerja kat DOMINO'S CUSTOMER SERVICE CENTRE  kan. So everyday kami received call dari mcm-mcm manusia dari seluruh semenanjung malaysia kecuali perlis, kedah, pahang, terengganu, dan kelantan.. if i'm not mistaken. Dominos ada lebih kurang 90 branch kat malaysia nie. and they want to make it more wide reach to 105 branch dalam tahun nie jugak. Tak kurang jugak mat saleh dan arabian yang stay kat malaysia nie. Semua pon menggemari pizza. Alhamdulillah aku tak pernah pulak dpt customer yang aku tak paham bahasa diorang. Mostly english yang diorang guna masih boleh difahami aku walaupon aku nie memang merangkak-rangkak jugak la speaking.. huhu.. so everyday masuk kerja aku bercakap tak henti-henti sampai la manager on duty cakap 'OK GUYS, NO MORE ORDER'.. aku tertanya-tanya macam mana la suara aku dalam telefon bila aku jawab kol customer. Tapi ramai customer cakap suara aku comel.. hahahaha.. comel ker..???? kui..kui..kui.. (blushing).. kami diberi verbiage supaya menjaga kualiti layanan kepada customer. Introduction verbiage nye adalah " GOOD MORNING/AFTERNOON/EVENING, THANK YOU FOR CHOOSING DOMINO'S PIZZA, I'M MARHANIS SPEAKING, HOW I CAN ASSIST YOU?" haaaaa.. macam tue la kene cakap.. pastue dah bla.bla..bla.. amik order kami kene repeat order. Pastue kene cakap cam nie plak "THE TIME NOW IS 7.30 PM (example), YOU WILL RECEIVED YOUR ORDER IN 30 MINUTES IF LATER THAN THAT YOU WILL RECEIVED 'SORRY WE WERE LATE' VOUCHER. DO CALL US BACK FOR FURTHER ASSISTANT. MY NAME IS MARHANIS. THANK YOU FOR CHOOSING DOMINO'S PIZZA, HAVE A NICE DAY.!" haaaaa.. lepas tue baru la boleh letak call. sampai kadang2 customer cakap, lajunyer cakap.. hahaha..



Atas-atas tue semua introduction. perenggan kedua nie br nak masuk isi penting. Cam nie al-kisahnya. Kawan aku nie nama SHIMI (bukan nama sebenar). dia nie agak lambat dalam system/ software yang digunakan di dominos dan dia juga x berapa fluent or not too good in english. but he try to work as csc becz he want to learn how to speak english fluently. niat dia memang bagus. But one day, dia dapat customer yang kurang sabar. Customer tue India. Perempuan. Customer speaking agak laju agaknya dan indian accents yang digunakan oleh customer tue membuat kan kawan aku nie kurang jelas dan paham. So customer nie agak bengang la bile si shimi nie lembab jer amik order dia. bile shimi dah setel amik order semua shimi nie pass call kat aku sebab dia ckp x dpt catch up apa yang customer nie cakap. So dengan polite nyer aku jawab kol 

Aku : SORRY MISS TO KEEP YOU WAITING. HOW I CAN HELP YOU?
Customer : IS IT SHIMI IS YOUR BUDDY?
Aku : YES MISS
Customer : WHAT'S YOUR NAME?
Aku : I'M MARHANIS
Customer : OK HANIS, JUST REPEAT MY ORDER
Aku : OK MISS. YOU ALREADY ORDERED REGULAR SIZE ALOHA CHICKEN HAND TOSSED CRUST, BEEF PAPERONI NEW YORK CRUST, BREADSTIX, BBQ CHICKEN WINGS,AND A BOTTLE OF PEPSI. IS IT TRUE MISS?
Customer : YES.

Aku pon ckp la bla..bla..bla.. closed verbiage semua. masa aku nak send order tue keluar pop out dr web message yang order hanya boleh dihantar dalam masa 1 jam. So, aku pon tanya la shimi nie.. dia dah ckp ker kat customer 1 jam. Shimi pon ckp dia tak cakap. Kebetulan customer tak letak lagi kol. Aku pon cakap la. hello..hello kat customer. customer tue tak jawab. at the same time shimi nie cakap "KELING TUE TAK DENGAR KOT".. aku still lagi cakap hello..hello.. tapi tak jawab jugak. So aku letak kol dan aku kol balik customer tue.. kalo tak bengang la customer tunggu 1/2 jam pizza dia tak sampai2. So bila aku kol bali customer nie angkat dan dia suruh aku kol no dia yang lagi satu. Aku pon buat seperti yang disuruh. Bila kol dia aku ckp la macm nie.

Aku : HELLO MS XXXX, I'M HANIS SPEAKING.WE REALLY REGRET TO INFORM YOU THAT DUE TO HIGH VOLUME TO TRANSACTION IN OUR STORE, WE JUST CAN MAKE 1 HOUR DELIVERY. I REALLY APOLOGIZE BECOUSE MY BUDDY SHIMI NOT INFORM TO YOU BEFORE.
Customer : WHAT..???!!! WHY SHIMI NOT TELLING ME??? bla..bla..bla.. (aku pon x dengar sgt apa dia cakap)



Pastue ada la seorang mamat yang budget hero. padahal budak baru jugak. dia tepuk bahu aku yang dia nak take over that customer. aku pon malas nak amik pusing aku pon bg la mic kat dia. Aku ingt hebat la sgt dia speaking nak handle customer. rupenyer hampeh.. cakap pon terketar-ketar. Tak semena-mena customer lagi mengamuk and start mengungkit yang dia dengar Shimi panggil dia KELING tadi. Wow.. trus keadaan jadi kelam kabut. Team leader pon tak dapat handle customer tue mengamuk. Dan team leader panggil salah seorang manager untuk handle customer tue. Kami terpaksa call store supaya cut que order. supaya pizza customer nie dibuat dahulu.

Customer nie sangat marah dan ugut nak siarkan kat media yang staff dominos very rude. patue dia cakap dia nak saman and nak bawak hal nie ke court.. Keesokkan harinya kawan aku Shimi nie kena buang kerja. Kerana tidak menghormati customer. Aku pon tak boleh nak tlg lebih. Team leader and trainner cuba nak tlg Shimi nie. Tapi big boss tetap jugak bekeras nak buang shimi. So, nak kata apa lagi.. memang apa yang shimi buat tue salah..

So people, dont simply2 call INDIA nie KELING.. Kerana ianya amat sensitif taw. KELING ibarat kasta bawahan. Kita dalam MALAYSIA nie semua sama taraf. Kita kan 1 Malaysia. TIADA BANGSA KELING WUJUD DI MALAYSIA NIE, WANG WUJUD IALAH BANGSA INDIA. So people, noted to this issue. sebab memang ramai orang aku dengar panggil India tue keling. Please respect them ok.. 

Itu jer aku nak ceritakan.. hehehe.. AKU SAYANG MALAYSIA. AKU NAK AMAN2 JER. TAMAU GADUH2.. OK BYE.

4/1/12

Kadang-kadang aku nie merepek gila

Hari nie aku pon tak tahu la kenapa sengal sangat aku nie.. Semalam aku cuti. Aku ajak anak sedara aku jalan-jalan KL. Aku pk dah lama aku tak pergi KL jalan kaki. Maksud aku naik tren pastue pegi mall jalan kaki. Aku pon ajak la anak sedara aku pegi belah Imbi. Walaupun memang duit tak da langsung aku tetap gak rasa nak pegi. Bosan owh, Shah alam bosan..!! (Angkuh).. Kami pon pegi la naik tren. Dah la panas dalam tren. time tue kul 5 ptg tak silap aku. Ramai plak manusia dalam tren. Aku rasa mengantuk pon ada. Sampai tertido aku. Padahal sakit gila leher. Tengah tido aku terpk, ntah-ntah sekarang aku tido ternganga.. Aku pon cepat2 bukak mata takot orang sekeliling ngumpat aku tido. Bukak mata tak sampai jugak lagi KL Sentral. Aku pon tetiba teringat cerita lawak foreigner yang call dominos untuk membuat pesanan pizza. Dia nak pizza di hantar ke Hospital Sunway.. tapi dia cakap Hospital Senui.. Serius lawak. Masa tue aku taleh tahan gelak. Aku gelak jer masa tue padahal menjadi kesalahan sbg customer service executive gelakkan customer. Tapi serius lawak, aku cerita la kisah tue kat anak sedara aku.. sambil2 cerita sampai la ke KL Sentral.

Disebabkan mengejar masa, aku pon berjalan dengan laju ke monorail utk ke imbi. Kami pegi Times Square, Low yat dan Sungei Wang. Aku jalan laju gila kot rasanya. sampai anak sedara aku merungut. Aku cakap kat dia, nie la cara exercise seronok. hari nie kita jogging kat KL aku ckp.. Seronok la jugak, kami makan jagung bakar tepi jalan, makan buah dengan cara ini perhubungan kami boleh menjadi makin rapat.

Pukul 8 aku bergerak balik ke KL Sentral, nak jumpa zati (my BFF) plak. Dia nak g penang kul 11. Punya la lama tunggu dia kat KL Sentral. Kul 9 lebih br sampai dr batu caves. katanya naik train baru.. tapi lembab jugak.. Cakap pasal train baru kan.. memang cantik la.. bentuk nampak moden dan futuristic.. panjang plak tue.. tapi seperti biasa tetap lembab.. Disebabkan aku berjalan laju kat KL hari nie kaki aku sakit gila, salah satu sebab angkara kasut aku yang tumitnya makin haus. da lama x beli kasut baru, sian aku.

Jadi hari nie badan aku jadi sakit2.. Ditambah pula perasaan aku yang malas pegi kerja. So badan aku jadi menjadi2 sakit. Tapi aku tetap bersiap nak g kerja. Aku masuk pukul 7 malam. Pukul 6.20 aku dah ada depan wisma dominos. Aku malas gila nak masuk kerja. tapi aku pk kalo aku x habiskan 2 minggu nie aku x kan dapat apa2 bayaran dari dominos. Aku pon matikan enjin kereta sambil melayan perasaan. Berfikir pasal duit tak da, fikir pasal boifren yang sibuk shooting filem tak abis-abis. Kadang aku rasa benci dengan filem-filem skang, sebab itu boifren aku tak da masa dengan aku.. Cetek gila pemikiran aku.. ahahahhaa.. Perasaan malas nak kerja merasuk aku balik. Aku pikir hari nie hari sabtu, mesti ramai gila org call untuk delivery. Argggghhhhh.. aku terpikirkan customer yang kerek2 kol nak pizza. Customer yang nak rushing and taw nak marah orang jer.. Perasaan bercampur baur.. Aku rasa nak balik jer rumah dan berehat memikirkan badan aku yang rasa sengal2 nie.

Sebenarnya perasaan malas kerja kat dominos nie dah lama aku rasa. Body ja ada kat situ, tapi perasaan aku tak da. Aku pon membuat keputusan nak benti trus kerja. Aku malas nak pk gaji dah. Aku pon bagi mesej kat kakak yang kerja sekali dengan aku dan cakap aku tak sihat dan tak boleh masuk kerja. Aku ckp aku nak berhenti trus kerja. Dlm perjalanan balik aku menyesal plak, padahal aku hanya perlu kerja sampai hari ahad jer.. Tapi aku tak suka kerja situ.. aku rasa bebanan.. jadi untuk menyedapkan hati sendiri aku pon cakap kat diri aku.. AKU AKAN BUAT APA YANG AKU RASA BETOL. BEKERJA BUKAN KERNA WANG SEMATA-MATA, TAPI KEIKHLASAN.. yesssss,, br la rasa tak bersalah sangat.. hahahaha... merepek kan aku... pastue kan aku selalu tak reti nak wt tajuk entry.. tajuk tak best langsung.. hahaha.. biarlah.. ok lah.. bye..sekian..

3/27/12

Allah sentiasa mendengar keluhan umatnya

Assalamualaikum.. alhamdulillah, dengar berkat usaha dan tawakal kpd-NYA akhirnya aku dapat jugak kerja selepas dipanggil second interview oleh salah sebuah syarikat kontraktor semalam. Alhamdulillah.. aku bersyukur sangat. Biarlah apa org nak kata kat aku kan. Biarlah orang nak kata aku nie tak bersujud kepada Allah. Janji aku tahu apa yang aku buat. Takkan setiap apa amalan yang aku buat aku nak post kat blog dan bgtaw semua org. Salah seorang pengunjung blog aku berkata aku hanya menunggu rezeki dtg bergolek. Masyallah..!! Biarlah.. Janji aku tak mintak duit dia kan.


Berkaitan pasal kerjaya GURU.. saya akui yang kerjaya itu amat mulia. Tapi jika difikirkan kalau kita tak ikhlas dan melakukan tugas hanya kerana wang semata-mata saya fikir itu tidak wajar. Kalau semua org nak jadi cikgu sbb senang siapa nak jadi arkitek? engineer? contractor? dan lain-lain lagi? siapa nak membangunkan dunia? Satu lagi, kepada ANONYMOUS yang comment nie.. nampaknya anda sendiri tidak memahami penulisan saya. Saya sama sekali tidak menyalahkan KAK LONG saya. KAK LONG saya tidak sama sekali bersalah, kerana KAK LONG saya hanya menyampaikan hal ini kepada saya. Saya cuma sedikit tidak berpuas hati dengan kenyataan KAK CIK saya sahaja. ITU SAHAJA... Saya bukan benci KAK CIK saya, cuma saya rasa KAK CIK saya berfikiran sempit dan tidak mengkaji seluruhnya kehendak anaknya. TQ coz sudi leave a comment to me.. Saya sangat menghargainya...!! Kepada kawan-kawan, terima kasih kerana tetap menyokong saya walau ada segelintir pihak yang memandang serong kepada saya kerana selama hampir 3 bulan saya menganggur. Assalamualaikum.. 

3/24/12

Saya Mungkin Bukan Mak Saudara Contoh

Hye.. lama tak update.. actually malas nak update.. tak da benda yang special. Aku skang keje dominos pizza customer service centre. dulu keje 7e banyak masalah. gaji tak dapat-dapat. apa masalah entah nak bayar gaji orang. Oh ya.. SPM result dah keluar kan.. Congrats kat adik-adik yang dapat good results.. dulu akak malas belajar.. buat main-main jer.. tak study langsung sebab tue result macam hampeh jer.. tapi ok la dapat gak masuk UiTM. hehehe. kisahnya begini, hari nie aku dapat berita yang agak menyedihakan.. dan juga rasa sakit hati bila dapat berita itu..

Mak aku pergi umah kakak sulung aku. Nak tengok cicit dia. so aku nie dah ada cucu. Di umur 24 tahun aku ada cucu saudara.. Kau ada??? hahahaha.. Ok lepas tue mak aku nak stay la beberapa hari lagi kat rumah kakak sulong aku, tapi disebab kan kak cik aku nak balik umah mak aku, terpaksa la mak aku balik umah dia hari nie. Kak Cik aku telefon mak aku yang dia nak sampai petang esok.. Tapi dalam perbualan telefon tue kak cik aku sempat cakap yang mungkin dia tak nak anak saudara aku yang baru sahaja menerima result SPM tue masuk universiti. Dia nak anak dia masuk maktab jer. Senang Jadi Cikgu. Dia cakap masuk universiti pon keluar menganggur. Yang paling sakit hatinya kat sini sebenarnya kak cik aku nie perli aku. Yer la.. sampai ke hari nie aku masih tak dapat pekerjaan yang sesuai dengan course aku amik kat universiti..tapi aku baru habis blaja bulan 12 hari tue. kenapa dia judge aku terlalu awal? aku tahu buat masa nie aku banyak menyusahkan mak aku.. sebab sementara nak dapat kerja yang bagus nie aku terpaksa menggunakan duit aku stay kat shah alam sambil keje part time dan attend interview.. Aku pikir la kan.. kenapa la kakak aku sorang nie cetek sangat pikiran. Pekerjaan tue semua tuhan tentukan.. mungkin sekarang tuhan tak bukak lagi pintu rezeki aku atas sebab-sebab tertentu. Kenapa dia terus nak buat kesimpulan tak nak anak dia masuk universiti. Masyallah.. aku dah cukup sabar dengan perkatan-perkataan kurang enak didengar dari mulut dia. kenapa dia sangat berfikiran sempit sampai menghadkan pembelajaran anak dia. kalau anak dia tak minat nak jadi cikgu kenapa nak paksa jadi cikgu.. pada kalian.. janganlah berfikiran sempit. biarlah tuan punya badan membuat keputusan. Rezeki ada dimana2.. cuma masa dan tempat kita tak tahu.. Doakan saya dapat kerja cepat Ok..!! Bye.. Assalamualaikum..