3/27/12

Allah sentiasa mendengar keluhan umatnya

Assalamualaikum.. alhamdulillah, dengar berkat usaha dan tawakal kpd-NYA akhirnya aku dapat jugak kerja selepas dipanggil second interview oleh salah sebuah syarikat kontraktor semalam. Alhamdulillah.. aku bersyukur sangat. Biarlah apa org nak kata kat aku kan. Biarlah orang nak kata aku nie tak bersujud kepada Allah. Janji aku tahu apa yang aku buat. Takkan setiap apa amalan yang aku buat aku nak post kat blog dan bgtaw semua org. Salah seorang pengunjung blog aku berkata aku hanya menunggu rezeki dtg bergolek. Masyallah..!! Biarlah.. Janji aku tak mintak duit dia kan.


Berkaitan pasal kerjaya GURU.. saya akui yang kerjaya itu amat mulia. Tapi jika difikirkan kalau kita tak ikhlas dan melakukan tugas hanya kerana wang semata-mata saya fikir itu tidak wajar. Kalau semua org nak jadi cikgu sbb senang siapa nak jadi arkitek? engineer? contractor? dan lain-lain lagi? siapa nak membangunkan dunia? Satu lagi, kepada ANONYMOUS yang comment nie.. nampaknya anda sendiri tidak memahami penulisan saya. Saya sama sekali tidak menyalahkan KAK LONG saya. KAK LONG saya tidak sama sekali bersalah, kerana KAK LONG saya hanya menyampaikan hal ini kepada saya. Saya cuma sedikit tidak berpuas hati dengan kenyataan KAK CIK saya sahaja. ITU SAHAJA... Saya bukan benci KAK CIK saya, cuma saya rasa KAK CIK saya berfikiran sempit dan tidak mengkaji seluruhnya kehendak anaknya. TQ coz sudi leave a comment to me.. Saya sangat menghargainya...!! Kepada kawan-kawan, terima kasih kerana tetap menyokong saya walau ada segelintir pihak yang memandang serong kepada saya kerana selama hampir 3 bulan saya menganggur. Assalamualaikum.. 

3/24/12

Saya Mungkin Bukan Mak Saudara Contoh

Hye.. lama tak update.. actually malas nak update.. tak da benda yang special. Aku skang keje dominos pizza customer service centre. dulu keje 7e banyak masalah. gaji tak dapat-dapat. apa masalah entah nak bayar gaji orang. Oh ya.. SPM result dah keluar kan.. Congrats kat adik-adik yang dapat good results.. dulu akak malas belajar.. buat main-main jer.. tak study langsung sebab tue result macam hampeh jer.. tapi ok la dapat gak masuk UiTM. hehehe. kisahnya begini, hari nie aku dapat berita yang agak menyedihakan.. dan juga rasa sakit hati bila dapat berita itu..

Mak aku pergi umah kakak sulung aku. Nak tengok cicit dia. so aku nie dah ada cucu. Di umur 24 tahun aku ada cucu saudara.. Kau ada??? hahahaha.. Ok lepas tue mak aku nak stay la beberapa hari lagi kat rumah kakak sulong aku, tapi disebab kan kak cik aku nak balik umah mak aku, terpaksa la mak aku balik umah dia hari nie. Kak Cik aku telefon mak aku yang dia nak sampai petang esok.. Tapi dalam perbualan telefon tue kak cik aku sempat cakap yang mungkin dia tak nak anak saudara aku yang baru sahaja menerima result SPM tue masuk universiti. Dia nak anak dia masuk maktab jer. Senang Jadi Cikgu. Dia cakap masuk universiti pon keluar menganggur. Yang paling sakit hatinya kat sini sebenarnya kak cik aku nie perli aku. Yer la.. sampai ke hari nie aku masih tak dapat pekerjaan yang sesuai dengan course aku amik kat universiti..tapi aku baru habis blaja bulan 12 hari tue. kenapa dia judge aku terlalu awal? aku tahu buat masa nie aku banyak menyusahkan mak aku.. sebab sementara nak dapat kerja yang bagus nie aku terpaksa menggunakan duit aku stay kat shah alam sambil keje part time dan attend interview.. Aku pikir la kan.. kenapa la kakak aku sorang nie cetek sangat pikiran. Pekerjaan tue semua tuhan tentukan.. mungkin sekarang tuhan tak bukak lagi pintu rezeki aku atas sebab-sebab tertentu. Kenapa dia terus nak buat kesimpulan tak nak anak dia masuk universiti. Masyallah.. aku dah cukup sabar dengan perkatan-perkataan kurang enak didengar dari mulut dia. kenapa dia sangat berfikiran sempit sampai menghadkan pembelajaran anak dia. kalau anak dia tak minat nak jadi cikgu kenapa nak paksa jadi cikgu.. pada kalian.. janganlah berfikiran sempit. biarlah tuan punya badan membuat keputusan. Rezeki ada dimana2.. cuma masa dan tempat kita tak tahu.. Doakan saya dapat kerja cepat Ok..!! Bye.. Assalamualaikum..