11/11/11

My wishlist..!!

assalamualaikum.. Bila duit aku tak ada mula la dalam otak aku nie macam-macam nak beli. Semua rasa cantik dan semua pon rasa perlu.. jom2 tengok menda yang aku nak sangat nie.. =)



1) DRESS



 gambar dari poplooks.



 2) HOLGA CAMERA





3) POLAROID CAMERA



4) BOYFIE BLAZER =)



                       
mix and match



5) DSLR camera (hak milik sendiri, tak kongsi2)

D7000
6) GALAXY W







ok.. stakat nie itu jer yag nak... hahahaha... akan kumpul duit and cuba dapatkan semua diatas.. bye..

10/12/11

SETELAH SEKIAN LAMA~

ASSALAMUALAIKUM.. hello buddies.. lama kan aku tak meng 'update' blog nie.. hurmm, aku baru baca comment2 kat entri lepas.. dan yang paling terharu adalah kawan aku LIENA yang suka baca blog aku.. tak sangka gak.. low class rank blog nie pon ada orang baca... hehehe.. Thanks liena.. Actually tiap kali aku heartbroken aku mesti nak tulis blog (perlu ker ko mention kat sini). Taktaw kenapa kan.. Macam penulis lirik lagu la kan.. kalau diorang kecewa diorang tulis la lagu cinta kena tinggal.. macam ANANG tue.. bila kris dayanti buat TAIK kat dia, dia pon tulis la lagu SEPARUH JIWAKU PERGI.. hahaha.. tapi manis madu tak reti tulis lagu jiwang.. nak reka sepotong ayat jiwang pon tak reti.. hahaha..



OK.. ada dua benda aku nak cerita pada entri kali ini.. Yang pertama adalah aku rasa now hidup aku LOSER gila.. bukan sahaja dari segi pelajaran tapi dari segi cinta dan kehidupan pun macam tue jugak.. Aku punya dissertation tak bergerak.. kawan2 aku semua dah nak menempuh hari graduation.. best la hampa dapat makeup cantik2 pkai bju cantik2 and amik scroll kosong.. tapi aku? hmmmm.. p attend graduation day orang ja la.. (mood sedih).. then hari tue aku jumpa lecturer aku.. walaupon dia handsome ala-ala ricky martin (zati cakap) aku tetap takot and malas nak jumpa dia.. walaupon suasana kami jumpa tue tak la menakutkan.. cam biasa jew.. tapi.. aku takot sebab tak dapat menunjukkan hasil yang terbaik kat dia.. aku nak dia bangga dengan aku.. tapi aku rasa aku tak boleh go on ngan dissertation nie.. KENAPA???? tension gila aku.. Lecturer aku banyak cerita pengalaman dia, pasal kawan2 dia, pasal abg dia.. aku taw.. itu bukan cerita kosong.. Cerita tue semua nak menaikkan semangat aku.. Dia cakap tuhan nak uji aku.. tuhan nak tengok semana kuatnya aku.. dia cakap dia tahu aku budak pandai (pandai ker..? errkkk) tapi kenapa aku tak ada attacment dengan dissert.. I dont know la Doc. saya sendiri pon tak boleh jawab soklan tue walaupun everytime i ask myself..Anyway memang banyak cerita yang berguna dari dia.. mana taknya 2 jam kot aku dating ngan dia.. huhu.. Thanks Dr..!!!

Secondly, aku nak cerita aku tak puas hati gila ngan seorang manusia nie.!!! aku tak sangka dia buat aku macam nie.. aku tak sangka dia sejahat itu kat kawan sendiri.. kenapa dia bodoh sangat.. kenapa dia sebarkan segalanya tentang aku??? (tak la segalanya sebenarnya.. nak hiperbola jew).. kenapa??? apa yang ko tak puas hati dengan aku ha SAMAD? (bukan nama sebenar). Kenapa ko sebarkan no telefon aku.. kalo bagi kat manusia yang baik budi pekertinya tak apa.. Nie bagi kat Playboy yang ada 2 3 4 5 awek.. ko pon sama kan JAMAL (bukan nama sebenar).. ko dah tahu ko ada awek ko gatal mengorat aku kenapa??? kenapa?? seronok sangat ke mainkan perasaan orang? kadang-kadang aku tak paham jugak dengan lelaki yang nak pasang banyak2 nie.. heeeee... SAMPAH..!! pastue Ko ni plak SAMAD. kenapa ko nak simpan gambar aku and cerita-cerita kat orang. nasib baik aku tak da bukti ja.. kalo tak dah lama aku wat report polis (berani ker?).. benci nyer aku kat ko SAMAD.. cam nak terajang kalo aku jumpa.. tue lah.. cerita kedua nie aku nak conclude yang aku benci kat lelaki nama SAMAD dan JAMAL (bukan nama sebenar).. tapi ada lagi sorang aku benci.. urmmm aku letak nama dia DOLLAH la.. DOLLAH nie suka marah aku.. cakap suka kat aku.. tapi suka marah2 aku sampai aku rasa tension dengan dia.. mana aku pegi semua nak kena bagitaw  semua aku buat semua nak kena lapor? pergi cari awek wartawan la wei kalo semua benda nak kena lapor... STRESSSSSSS!!! hahaha.. bye..

7/7/11

3,2,1 CINTA - komen -ve dari aku..

3,2,1 CINTA - minggu lepas. aku punya la bosan, ari ahad tak da cerita best pon. Aku pon beli la cerita 3,2,1 CINTA berharga RM 15 tu kat astro first. cerita dia boleh tahan la.. Love comedy, tapi...tapi...tapi... banyak part jugakla yang aku tak suka dan rasa macam.. hek aleh, menda-menda macam nie patut dah tak berlaku.. antara komen negatif aku adalah :



1. Mula-mula cerita dia letak besar lambang unisel. budak-budak buat pendaftaran kat unisel.. tali kad matrix pon unisel. Tak kisah la berlakun kt uitm. Tapi kenapa tak elakkan dari shoot lambang UiTM. Glass door besar2 lambang UiTM, kenapa tak dari awal buat depa tue belaja kat UiTM. Ker aku yang tak paham cerita nie? Pastue pak guard pon pkai topi lambang UiTM.. Aku rasa mula2 cerita dia tunjuk tempat pendaftaran UNISEL.. kalo aku salah tolong betulkan yer...

2. kenapa mesti dia nak mention perkataan 'BEROMEN' tue. tak da perkataan senonoh sikit ker? berdating ker.. kan..kan...

3. Pastue pasal pakaian.. aku dah belajar kat UiTM 5 tahun.. setahu aku tak boleh pkai skirt pendek, pakai singlet dalam kawasan kampus. Kalau la dia kata Unisel. UiTM shah Alam nie x jauh pon dr unisel. Tak pernah pulak mereka pkai attire cm tue.. kalo universiti macam lim kok wing, sunway, tailor's dan seangkatan dengannya tue logic la kan nak pakai mcm tue.. hehhehe.. kenapa tak boleh buat logic skit????

OK... tue jer yang aku tak puas hati pasal cerita tue.. sebenarnya bosan nie.. tue la aku mengarut skit.. bye..!!

7/6/11

Kenapa saya sokong perhimpunan BERSIH??

hye.. aku pon nak menyibuk jugak dengan isu hangat laaa nie.. aku nak cerita menda nie secara ringkas.. sebab aku malas nak taip panjang-panjang.. hanya meluahkan pendapat di blog yang tak berapa nak ada orang jenguk nie.. (yang jenguk pon stalker yg tak suka ngan aku jew..hehehe)..

first : Sebab perhimpunan nie bersih.. memang tidak sesuai buat dijalanan tapi mereka nak buat kat stadium tue kira ok la kan. sebelum nie depa nak wat tempat terbuka sebab masalah kewangan. kalau kerajaan memang boleh buat tempat proper sebab ada peruntukan kewangan. tapi pihak pembangkang harus menggunakan kewangan mereka untuk kos-kos lain.

second : sebab negara kita adalah demokrasi. so, tak salah pihak membangkang nak bersuara. Lagi pun kalau tiada yang membangkang pihak kerajaan tak akan rasa tercabar. secara tidak langsung kerajaan akan cuba bersungguh-sungguh untuk mengekalkan kedudukan dan buat yang terbaik untuk rakyat.. jadi itu skaha satu isi penting aku.. dengan adanya pembangkang kerajaan sentiasa buat improvement untuk membetulkan segala kekurangan demi kepentingan akyat.

third : it's logic ok.. cz pilihanraya dah tak lama.. kerajaan boleh melontarkan segala maniefesto mereka mengapa tidak pembangkang. Kata negara demokrasi. jadi kita ada hak untuk bersuara dan membuat pilihan. tindakan kerajaan sekarang ibarat tercabar dan goyah dengan tidakan pembangkang dengan perhimpunan bersih nie


note : SAYA BUKAN MENYOKONG PEMBANGKANG.. saya tak terfikir pon nak mengundi lagi.. daftar pun tak.. cuma saya hanya meluahkan pendapat.. CUMA BERHARAP KERAJAAN BERFIKIR & MEMBERI YANG TERBAIK UNTUK RAKYAT DAN BUKANNYA HANYA UNTUK KEPENTINGAN MEREKA SENDIRI.. sekian..