4/3/12

Our First Date


Ini adalah edisi gedik + bosan + merindui + bengong + tak boleh tidoq. Sapa geli @ menyampah sila muntah. Sebab sekarang memang aku tengah budget sweet buat benda-benda macam nie.. Tak sabaq nak cherita kat anak kami nanti kami first dating kat taman KLCC ditemani mak cik linda, mak cik liena dan tak dilupakan mak cik umi. hahahaha.. Ok semua ini khayalan semata-mata. tak payah nak berangan sangat la manis oiiii.. Chow..

4/2/12

SENSITIVE ISSUE

HELLO GUYS... pelik tak. pelik tak???? pelik kan.. aku rajin update blog beb.. susah aku nak rajin macam sekarang nie.. ok. today what i wanna to blog about isu perkauman.. 1 MALAYSIA.. hurm.. as you know guys before this aku kerja kat DOMINO'S CUSTOMER SERVICE CENTRE  kan. So everyday kami received call dari mcm-mcm manusia dari seluruh semenanjung malaysia kecuali perlis, kedah, pahang, terengganu, dan kelantan.. if i'm not mistaken. Dominos ada lebih kurang 90 branch kat malaysia nie. and they want to make it more wide reach to 105 branch dalam tahun nie jugak. Tak kurang jugak mat saleh dan arabian yang stay kat malaysia nie. Semua pon menggemari pizza. Alhamdulillah aku tak pernah pulak dpt customer yang aku tak paham bahasa diorang. Mostly english yang diorang guna masih boleh difahami aku walaupon aku nie memang merangkak-rangkak jugak la speaking.. huhu.. so everyday masuk kerja aku bercakap tak henti-henti sampai la manager on duty cakap 'OK GUYS, NO MORE ORDER'.. aku tertanya-tanya macam mana la suara aku dalam telefon bila aku jawab kol customer. Tapi ramai customer cakap suara aku comel.. hahahaha.. comel ker..???? kui..kui..kui.. (blushing).. kami diberi verbiage supaya menjaga kualiti layanan kepada customer. Introduction verbiage nye adalah " GOOD MORNING/AFTERNOON/EVENING, THANK YOU FOR CHOOSING DOMINO'S PIZZA, I'M MARHANIS SPEAKING, HOW I CAN ASSIST YOU?" haaaaa.. macam tue la kene cakap.. pastue dah bla.bla..bla.. amik order kami kene repeat order. Pastue kene cakap cam nie plak "THE TIME NOW IS 7.30 PM (example), YOU WILL RECEIVED YOUR ORDER IN 30 MINUTES IF LATER THAN THAT YOU WILL RECEIVED 'SORRY WE WERE LATE' VOUCHER. DO CALL US BACK FOR FURTHER ASSISTANT. MY NAME IS MARHANIS. THANK YOU FOR CHOOSING DOMINO'S PIZZA, HAVE A NICE DAY.!" haaaaa.. lepas tue baru la boleh letak call. sampai kadang2 customer cakap, lajunyer cakap.. hahaha..



Atas-atas tue semua introduction. perenggan kedua nie br nak masuk isi penting. Cam nie al-kisahnya. Kawan aku nie nama SHIMI (bukan nama sebenar). dia nie agak lambat dalam system/ software yang digunakan di dominos dan dia juga x berapa fluent or not too good in english. but he try to work as csc becz he want to learn how to speak english fluently. niat dia memang bagus. But one day, dia dapat customer yang kurang sabar. Customer tue India. Perempuan. Customer speaking agak laju agaknya dan indian accents yang digunakan oleh customer tue membuat kan kawan aku nie kurang jelas dan paham. So customer nie agak bengang la bile si shimi nie lembab jer amik order dia. bile shimi dah setel amik order semua shimi nie pass call kat aku sebab dia ckp x dpt catch up apa yang customer nie cakap. So dengan polite nyer aku jawab kol 

Aku : SORRY MISS TO KEEP YOU WAITING. HOW I CAN HELP YOU?
Customer : IS IT SHIMI IS YOUR BUDDY?
Aku : YES MISS
Customer : WHAT'S YOUR NAME?
Aku : I'M MARHANIS
Customer : OK HANIS, JUST REPEAT MY ORDER
Aku : OK MISS. YOU ALREADY ORDERED REGULAR SIZE ALOHA CHICKEN HAND TOSSED CRUST, BEEF PAPERONI NEW YORK CRUST, BREADSTIX, BBQ CHICKEN WINGS,AND A BOTTLE OF PEPSI. IS IT TRUE MISS?
Customer : YES.

Aku pon ckp la bla..bla..bla.. closed verbiage semua. masa aku nak send order tue keluar pop out dr web message yang order hanya boleh dihantar dalam masa 1 jam. So, aku pon tanya la shimi nie.. dia dah ckp ker kat customer 1 jam. Shimi pon ckp dia tak cakap. Kebetulan customer tak letak lagi kol. Aku pon cakap la. hello..hello kat customer. customer tue tak jawab. at the same time shimi nie cakap "KELING TUE TAK DENGAR KOT".. aku still lagi cakap hello..hello.. tapi tak jawab jugak. So aku letak kol dan aku kol balik customer tue.. kalo tak bengang la customer tunggu 1/2 jam pizza dia tak sampai2. So bila aku kol bali customer nie angkat dan dia suruh aku kol no dia yang lagi satu. Aku pon buat seperti yang disuruh. Bila kol dia aku ckp la macm nie.

Aku : HELLO MS XXXX, I'M HANIS SPEAKING.WE REALLY REGRET TO INFORM YOU THAT DUE TO HIGH VOLUME TO TRANSACTION IN OUR STORE, WE JUST CAN MAKE 1 HOUR DELIVERY. I REALLY APOLOGIZE BECOUSE MY BUDDY SHIMI NOT INFORM TO YOU BEFORE.
Customer : WHAT..???!!! WHY SHIMI NOT TELLING ME??? bla..bla..bla.. (aku pon x dengar sgt apa dia cakap)



Pastue ada la seorang mamat yang budget hero. padahal budak baru jugak. dia tepuk bahu aku yang dia nak take over that customer. aku pon malas nak amik pusing aku pon bg la mic kat dia. Aku ingt hebat la sgt dia speaking nak handle customer. rupenyer hampeh.. cakap pon terketar-ketar. Tak semena-mena customer lagi mengamuk and start mengungkit yang dia dengar Shimi panggil dia KELING tadi. Wow.. trus keadaan jadi kelam kabut. Team leader pon tak dapat handle customer tue mengamuk. Dan team leader panggil salah seorang manager untuk handle customer tue. Kami terpaksa call store supaya cut que order. supaya pizza customer nie dibuat dahulu.

Customer nie sangat marah dan ugut nak siarkan kat media yang staff dominos very rude. patue dia cakap dia nak saman and nak bawak hal nie ke court.. Keesokkan harinya kawan aku Shimi nie kena buang kerja. Kerana tidak menghormati customer. Aku pon tak boleh nak tlg lebih. Team leader and trainner cuba nak tlg Shimi nie. Tapi big boss tetap jugak bekeras nak buang shimi. So, nak kata apa lagi.. memang apa yang shimi buat tue salah..

So people, dont simply2 call INDIA nie KELING.. Kerana ianya amat sensitif taw. KELING ibarat kasta bawahan. Kita dalam MALAYSIA nie semua sama taraf. Kita kan 1 Malaysia. TIADA BANGSA KELING WUJUD DI MALAYSIA NIE, WANG WUJUD IALAH BANGSA INDIA. So people, noted to this issue. sebab memang ramai orang aku dengar panggil India tue keling. Please respect them ok.. 

Itu jer aku nak ceritakan.. hehehe.. AKU SAYANG MALAYSIA. AKU NAK AMAN2 JER. TAMAU GADUH2.. OK BYE.

4/1/12

Kadang-kadang aku nie merepek gila

Hari nie aku pon tak tahu la kenapa sengal sangat aku nie.. Semalam aku cuti. Aku ajak anak sedara aku jalan-jalan KL. Aku pk dah lama aku tak pergi KL jalan kaki. Maksud aku naik tren pastue pegi mall jalan kaki. Aku pon ajak la anak sedara aku pegi belah Imbi. Walaupun memang duit tak da langsung aku tetap gak rasa nak pegi. Bosan owh, Shah alam bosan..!! (Angkuh).. Kami pon pegi la naik tren. Dah la panas dalam tren. time tue kul 5 ptg tak silap aku. Ramai plak manusia dalam tren. Aku rasa mengantuk pon ada. Sampai tertido aku. Padahal sakit gila leher. Tengah tido aku terpk, ntah-ntah sekarang aku tido ternganga.. Aku pon cepat2 bukak mata takot orang sekeliling ngumpat aku tido. Bukak mata tak sampai jugak lagi KL Sentral. Aku pon tetiba teringat cerita lawak foreigner yang call dominos untuk membuat pesanan pizza. Dia nak pizza di hantar ke Hospital Sunway.. tapi dia cakap Hospital Senui.. Serius lawak. Masa tue aku taleh tahan gelak. Aku gelak jer masa tue padahal menjadi kesalahan sbg customer service executive gelakkan customer. Tapi serius lawak, aku cerita la kisah tue kat anak sedara aku.. sambil2 cerita sampai la ke KL Sentral.

Disebabkan mengejar masa, aku pon berjalan dengan laju ke monorail utk ke imbi. Kami pegi Times Square, Low yat dan Sungei Wang. Aku jalan laju gila kot rasanya. sampai anak sedara aku merungut. Aku cakap kat dia, nie la cara exercise seronok. hari nie kita jogging kat KL aku ckp.. Seronok la jugak, kami makan jagung bakar tepi jalan, makan buah dengan cara ini perhubungan kami boleh menjadi makin rapat.

Pukul 8 aku bergerak balik ke KL Sentral, nak jumpa zati (my BFF) plak. Dia nak g penang kul 11. Punya la lama tunggu dia kat KL Sentral. Kul 9 lebih br sampai dr batu caves. katanya naik train baru.. tapi lembab jugak.. Cakap pasal train baru kan.. memang cantik la.. bentuk nampak moden dan futuristic.. panjang plak tue.. tapi seperti biasa tetap lembab.. Disebabkan aku berjalan laju kat KL hari nie kaki aku sakit gila, salah satu sebab angkara kasut aku yang tumitnya makin haus. da lama x beli kasut baru, sian aku.

Jadi hari nie badan aku jadi sakit2.. Ditambah pula perasaan aku yang malas pegi kerja. So badan aku jadi menjadi2 sakit. Tapi aku tetap bersiap nak g kerja. Aku masuk pukul 7 malam. Pukul 6.20 aku dah ada depan wisma dominos. Aku malas gila nak masuk kerja. tapi aku pk kalo aku x habiskan 2 minggu nie aku x kan dapat apa2 bayaran dari dominos. Aku pon matikan enjin kereta sambil melayan perasaan. Berfikir pasal duit tak da, fikir pasal boifren yang sibuk shooting filem tak abis-abis. Kadang aku rasa benci dengan filem-filem skang, sebab itu boifren aku tak da masa dengan aku.. Cetek gila pemikiran aku.. ahahahhaa.. Perasaan malas nak kerja merasuk aku balik. Aku pikir hari nie hari sabtu, mesti ramai gila org call untuk delivery. Argggghhhhh.. aku terpikirkan customer yang kerek2 kol nak pizza. Customer yang nak rushing and taw nak marah orang jer.. Perasaan bercampur baur.. Aku rasa nak balik jer rumah dan berehat memikirkan badan aku yang rasa sengal2 nie.

Sebenarnya perasaan malas kerja kat dominos nie dah lama aku rasa. Body ja ada kat situ, tapi perasaan aku tak da. Aku pon membuat keputusan nak benti trus kerja. Aku malas nak pk gaji dah. Aku pon bagi mesej kat kakak yang kerja sekali dengan aku dan cakap aku tak sihat dan tak boleh masuk kerja. Aku ckp aku nak berhenti trus kerja. Dlm perjalanan balik aku menyesal plak, padahal aku hanya perlu kerja sampai hari ahad jer.. Tapi aku tak suka kerja situ.. aku rasa bebanan.. jadi untuk menyedapkan hati sendiri aku pon cakap kat diri aku.. AKU AKAN BUAT APA YANG AKU RASA BETOL. BEKERJA BUKAN KERNA WANG SEMATA-MATA, TAPI KEIKHLASAN.. yesssss,, br la rasa tak bersalah sangat.. hahahaha... merepek kan aku... pastue kan aku selalu tak reti nak wt tajuk entry.. tajuk tak best langsung.. hahaha.. biarlah.. ok lah.. bye..sekian..