4/1/12

Kadang-kadang aku nie merepek gila

Hari nie aku pon tak tahu la kenapa sengal sangat aku nie.. Semalam aku cuti. Aku ajak anak sedara aku jalan-jalan KL. Aku pk dah lama aku tak pergi KL jalan kaki. Maksud aku naik tren pastue pegi mall jalan kaki. Aku pon ajak la anak sedara aku pegi belah Imbi. Walaupun memang duit tak da langsung aku tetap gak rasa nak pegi. Bosan owh, Shah alam bosan..!! (Angkuh).. Kami pon pegi la naik tren. Dah la panas dalam tren. time tue kul 5 ptg tak silap aku. Ramai plak manusia dalam tren. Aku rasa mengantuk pon ada. Sampai tertido aku. Padahal sakit gila leher. Tengah tido aku terpk, ntah-ntah sekarang aku tido ternganga.. Aku pon cepat2 bukak mata takot orang sekeliling ngumpat aku tido. Bukak mata tak sampai jugak lagi KL Sentral. Aku pon tetiba teringat cerita lawak foreigner yang call dominos untuk membuat pesanan pizza. Dia nak pizza di hantar ke Hospital Sunway.. tapi dia cakap Hospital Senui.. Serius lawak. Masa tue aku taleh tahan gelak. Aku gelak jer masa tue padahal menjadi kesalahan sbg customer service executive gelakkan customer. Tapi serius lawak, aku cerita la kisah tue kat anak sedara aku.. sambil2 cerita sampai la ke KL Sentral.

Disebabkan mengejar masa, aku pon berjalan dengan laju ke monorail utk ke imbi. Kami pegi Times Square, Low yat dan Sungei Wang. Aku jalan laju gila kot rasanya. sampai anak sedara aku merungut. Aku cakap kat dia, nie la cara exercise seronok. hari nie kita jogging kat KL aku ckp.. Seronok la jugak, kami makan jagung bakar tepi jalan, makan buah dengan cara ini perhubungan kami boleh menjadi makin rapat.

Pukul 8 aku bergerak balik ke KL Sentral, nak jumpa zati (my BFF) plak. Dia nak g penang kul 11. Punya la lama tunggu dia kat KL Sentral. Kul 9 lebih br sampai dr batu caves. katanya naik train baru.. tapi lembab jugak.. Cakap pasal train baru kan.. memang cantik la.. bentuk nampak moden dan futuristic.. panjang plak tue.. tapi seperti biasa tetap lembab.. Disebabkan aku berjalan laju kat KL hari nie kaki aku sakit gila, salah satu sebab angkara kasut aku yang tumitnya makin haus. da lama x beli kasut baru, sian aku.

Jadi hari nie badan aku jadi sakit2.. Ditambah pula perasaan aku yang malas pegi kerja. So badan aku jadi menjadi2 sakit. Tapi aku tetap bersiap nak g kerja. Aku masuk pukul 7 malam. Pukul 6.20 aku dah ada depan wisma dominos. Aku malas gila nak masuk kerja. tapi aku pk kalo aku x habiskan 2 minggu nie aku x kan dapat apa2 bayaran dari dominos. Aku pon matikan enjin kereta sambil melayan perasaan. Berfikir pasal duit tak da, fikir pasal boifren yang sibuk shooting filem tak abis-abis. Kadang aku rasa benci dengan filem-filem skang, sebab itu boifren aku tak da masa dengan aku.. Cetek gila pemikiran aku.. ahahahhaa.. Perasaan malas nak kerja merasuk aku balik. Aku pikir hari nie hari sabtu, mesti ramai gila org call untuk delivery. Argggghhhhh.. aku terpikirkan customer yang kerek2 kol nak pizza. Customer yang nak rushing and taw nak marah orang jer.. Perasaan bercampur baur.. Aku rasa nak balik jer rumah dan berehat memikirkan badan aku yang rasa sengal2 nie.

Sebenarnya perasaan malas kerja kat dominos nie dah lama aku rasa. Body ja ada kat situ, tapi perasaan aku tak da. Aku pon membuat keputusan nak benti trus kerja. Aku malas nak pk gaji dah. Aku pon bagi mesej kat kakak yang kerja sekali dengan aku dan cakap aku tak sihat dan tak boleh masuk kerja. Aku ckp aku nak berhenti trus kerja. Dlm perjalanan balik aku menyesal plak, padahal aku hanya perlu kerja sampai hari ahad jer.. Tapi aku tak suka kerja situ.. aku rasa bebanan.. jadi untuk menyedapkan hati sendiri aku pon cakap kat diri aku.. AKU AKAN BUAT APA YANG AKU RASA BETOL. BEKERJA BUKAN KERNA WANG SEMATA-MATA, TAPI KEIKHLASAN.. yesssss,, br la rasa tak bersalah sangat.. hahahaha... merepek kan aku... pastue kan aku selalu tak reti nak wt tajuk entry.. tajuk tak best langsung.. hahaha.. biarlah.. ok lah.. bye..sekian..

5 comments:

mynameisbulat said...

hoiii bgus la ada new story..br semangat nk bukak blog ko....

Manis Madu said...

hahahahhaa.. welcome2...

aki_san said...

HAHAHA...ko mmg sengal la.....camtu je nak berhenti...aduhai...

Manis Madu said...

hahahaha... aku nie ske jer ikt aku pnyer perasaan.

Liena Mahmod said...

rindu kat korang..hahaha