4/21/11

Tahu Tak Yang Rabbit Saya Dah Mati..(sedey gila)

Korang....tahu tak yang rabbit aku dah mati ??? Ianya mati akibat kes pembunuhan kejam.. Bukti yang ditinggalkan hanyalah darah dan bulu.. Aku tahu siapa pembunuhnya..Korang tahu sapa??? Nak tahu ??? Sila lihat gambar diabawah dengan penuh perasaan benci..!!

Sekumpulan Anjing Liar


Mereka adalah anjing liar.. Aku tak tahu lah macam mana depa leh masuk kawasan rumah aku.. Dan mereka berjaya membunuh dan memakan KOKO and LOLA.. gambar mereka seperti dibawah :

KOKO
LOLA
Nak tahu macam mana kes pembunuhan ini boleh terjadi??? Begini.. mungkin ini adalah kecuaian dari diri aku sendiri.. Ada hari tue kucing aku buat hal.. dia sakit perut.. cirit birit.. nie kucing aku yang nama Uteh. Ala yang gemuk tue.. Aku dah bawak pegi klinik.. dia disahkan sakit perut dan selsema... Disebabkan itu uteh asik nak berak merata. jadi kami terpaksa mengurung uteh didalam cage.. Cage besar tiga tingkat yang selama ini didiami KOKO dan LoLa terpaksa didiami uteh buat sementara waktu.. Jadi kami memindahkan Lola dan koko ke cage yang lebih kecil yang selalu dibawa untuk travelling.. Sudah2 minggu lebih Koko dan Lola duduk dalam cage tue.. dan semuanya berkadaan baik.. Walaupun selepas seminggu uteh dah pulih dari sakit perut aku masih tak memindahkan lola dan koko kembali ke cage 3 tingkat yang lebih kukuh tue.. 

Malang tidak berbau.. satu malam, malam sebelum presentation PED, sekumpulan anjing liar yang kejam telak masuk kekawasan perumahan aku dan mungkin dengan deria bau yang sangat kuat , mereka telah masuk ke kawasan perkrangan rumah aku. Memang rumah aku gate tak tutup.. Aku rasa anjing tue buka seekor yang pentingnya.. kalau tidak macam mana dia berjaya bukak cage tue.. Malangnya aku tido mati tidak sedar apa2.. tiada bunyi nyalakan anjing yang muncul ditelingaku..Pagi2 aku nak pergi ke dewan kuliah untuk presentatation final project ku, aku dikejutkan dengan darah dan bulu2 rabbitku di depan kereta ku dan depan grill sliding door.. alangkah sedihya aku kerana baru dua hari sebelum tue aku beli makanan rabbit begitu banyak untuk mereka.. boleh dikira untuk stock 2 bulan.. hur.. diorang tadak rezeki.. dan kini aku sunyi dengan telatah mereka walaupun sememangnya mereka tiada bunyi.. Doakan KOKO dan LOLA bahagia di SYURGA.. amin..

2 comments: