1/13/11

Teori ayam berkokok..!!

assalamualaikum everybody... muaaahhhh sana.. muaaahhhhh sini.. laga pipi bagai.. hahahaha...

sila pandang saya dengan penuh senyuman....=)
Bila pagi sebelum subuh lagi ayam jantan dah berkokok.. macam dah jadi satu tugas dia pulak kan.. tapi memang orang cakap ayam akan berkokok di waktu pagi.. walaupon tengah hari pon selalu jew dia berkokok.. tak kira masa.. petang ke.. cuma malam la tidak.. seingat aku la.. bagi mereka yang duduk dibandar ditengah kota raya pasti jarang bunyi kokokkan ayam.. bagi aku budak kampung.. yang dari kecil dibesarkan di kampung memang dah biasa la.. but lately dah kurang ayam bunyi.. sebab kat rumah aku pon dah tak da ayam kampung.. yang kecik-kecik kena makan dengan musang.. yang besar-besar ada yang dah disembelih masa raya.. sebab ayam kampung buat rendang adalah sangat sedap ok..!!

Kenapa tajuk teori ayam berkokok?? sebab semalam masa makan kat restoran LAWANGSARI kat pusat komersial seksyen 7 aku teringat kisah masa kecil aku.. secara tidak langsung aku pun bercerita dengan rakan aku.. al-kisahnya macam nie.. pernah tak anda merasa bertapa excitednya nak pergi tadika?? mesti pernah kan.. macam tue jugak lah aku.. masa umur 4 tahun lagi aku dah sekolah tadika.. sebab Kak Ngah aku cikgu tadika masa tue.. akan tetapi masa umur 5 tahun aku dah x pergi sekolah semula.. sebabnya kak ngah aku kawin dan berhijrah ke perak.. so for 1 year aku hanya bermain dirumah.. masa 6 tahun mak aku hantar semula aku ke tadika.. masa tue.. ya allah bapak excitednya aku nak pergi tadika semula.. mak aku dah siap iron baju aku semua malam sebelum ke tadika tue.. masa mak aku iron baju aku tanya mak aku.. perbualannya lebih kurang seperti berikut...

Aku : Esok pergi tadika siapa hantar?
Mak : Ayah la hantar.. 
Aku : Mak ikut sekali ker?
Mak : La.. buat apa nak ikut.. kan dah pernah pergi tadika..
Aku : Esok kena pergi tadika pukul berapa??
Mak : Pukul 7 bangun la.. sebab kena pergi tadika pukul 8.00.
Aku : Pukul 7 tue macam mana ? 7 kali ayam berkokok ker?
Mak : Bukan.. Pukul 7 tue jarum pendek dekat nombor 7 jam panjang kat nombor 12. Tak pa.. nanti mak kejut la adik..
Aku : Owh.. (sambil masih blur.. macam mana pukul 7.. tapi aku terus masuk tidur..)

gambar dari google..

Tiba-tiba aku terjaga dari tidur.. aku dah lupa yang mak aku cakap pukul 7 tue bila jarum pendek kat nombor 7.. aku masih yakin dengan teori ayam berkokok aku.. masa aku terjaga tue kebetulan bunyi ayam berkoko.. aku kira sampai tujuh kali dan dengan excitednya aku mengejutkan mak aku.. mak aku pun bangu tanpa melihat jam.. memandikan aku dan menyiapkan aku.. masa tue jugak mak aku mengomel kenapa dia tidak sedar bunyi jam loceng.. sedangkan dia kunci jam loceng.. selepas selesai berpakaian lengkap mak aku mahu kedapur menyiapkan sarapan.. tiba-tiba mak aku terpandang jam didinding.. hahahaha... rupanya baru pukul 5 pagi.. patutlah ayah aku sedap tidur lagi.. mak aku ketawa sendirian.. mak aku suruh aku tidur balik.. sebab masih awal.. tapi aku cakap nak pakai jugak baju tadika nie.. dah lah time tue botol air sling dah berada dibadan ku.. aku tak nak jugak tanggal.. dan aku tidur kembali dengan baju tadika, botol air sling.. dan beg SWAN warna oren ditepiku.. hahaha... sangat excited aku kan.. lawak-lawak...

2 comments:

Shafiq Izwan said...

ingat lagi cerita masa umo 4,5,6 tahun tu. haha.

Manis Madu said...

shafiq: mestilah ingat.. 3 tahun kebawah dah x ingat.. cuma mak jew cerita balik..