4/25/11

Kisah MOMO yang 'so so so so SWEET'

ASSALAMUALAIKUM... satu cerita tentang makhluk tuhan yang sempurna selalu menjadi peneman manusia.. Bagi aku dialah permainan bergerak terindah di dunia.. fuhhh.. tanpanya aku berduka.. tanpanya aku tersiksa.. ITULAH MOMO.. kuberfikir jika suatu hari tuhan mengambilnya pergi ke syurga.. alngkah sepi tanpanya.. akan tetapi aku terpaksa rela.. kerna setiap makhluk akan kembali kepadanya.. 

MOMO.. dia sentiasa cool dan macho.. walaupun cacat dibahagian hidung kutetap menganggapnya sempurna.. Biarlah orang kata aku gila.. bercakap dengan bukan manusia tetapi setiap detik terasa indah dengannya.. ku ada satu cerita .. cerita yang membuatkan aku tertawa dan tersenyum gembira melihatnya.. yang membuat aku rasa terbalas penat lelahku bercakap dengannya dari kecil hingga kini dia berumur hampir 2 tahun..

Suatu hari BUBU bermain plastik, dengan tiba-tiba tangkai plastik terletak di kepala BUBU.. Dengan terkejutnya BUBU berlari ketakutan dan berlari sekuatnya keluar dari rumah.. UTEH dengan penuh rasa bertanggungjawab mengejar BUBU.. Mungkin risau akan adiknya.. tapi UTEH masih mempunyai rasa takut untuk mengejar jauh dari rumah.. BUBU telah jauh berlari entah kemana.. Rakanku puas mencari bubu akan tetapi tidak jumpa..

Selepas beberapa jam BUBU tidak pulang-pulang juga.. walaupun aku memujuk diriku yang bubu tahu balik sendiri kerumah dalam hatiku tuhan saja yang tahu.. aku risau akan keselamatan bubu.. aku risau orang lain mengambilnya dan mengurungnya didalam rumah.. Aku melihat momo., dan membebel kepada momo..

aku : momo.. tolonglah pergi cari bubu.. ko pandai pergi melepak, berjalan kesana-kesini.. pergi la cari adik.
momo : (memandangku tanpa makna)
aku : (herm.. kalau lah momo paham apa aku cakap)
momo: (masih tidah mengendahkan aku)
aku : heeeeee.. momo nie..pergi cari bubu cepat

Bukan aku sahaja yang 'push' momo pergi cari adiknya bubu.. malah kawanku dan juga anak saudara ku juga berkata begitu.. bukan kerana mengharap momo pergi mencari adiknya.. sekadar bercakap tanpa bermaksud apa-apa.. Lebih dari 10 jam bubu menghilangkan diri.. aku semakin risau.. haihhhh... adakah bubu kemalangan? diambil oleh orang atau....

Jeng..jeng..jeng.. tiba-tiba momo muncul.. bising tak tentu hala.. aku tak paham apa momo cuba sampaikan.. anak saudara ku berkata ' momo..ko nie bising jew.. pergi cari bubu takpa jugak'.. tiba-tiba bubu muncul disebelah bubu.. seakan buat suprise la kunon.. kami semua cukup gembira.. aku ketawa berdekah-dekah kegembiraan.. rupanya tadi momo bising sebab nak cakap dia dah bawa balik adik dia... hahahahah.. serius lawak dan terhary masa tue...

MOMO.. I LOVE YOU SO MUCH..

p/s : maaf jika ayat-ayat aku nie sukar difahami.. hehehehehe.. tak rei la buat karangan careka... hahahahah

-MOMO-

4 comments:

Kay Masingan said...

ohhh....dulu ada kucing mcm kaler ni juga...we called him blacky..uniknya blacky ni, dia minum air guna tangan..bukan jilat..skrng black da tada..mati sebab sakit..

cik Im said...

u are tag here http://aimiaesh.blogspot.com/2011/05/nemomimosh-giveaway-u-are-tag.html

Opah Vogue said...

hehehe. comel n soo sweet la momo! hugs n kisses! geram je tgk keletah die kn. dh la comel. hehehe.

nagibgaddis said...

The Borgata, Hotel & Casino - JTA Hub
Tickets and information for The Borgata, Hotel 창원 출장안마 & 성남 출장샵 Casino at 세종특별자치 출장안마 Harrah's Philadelphia in Chester. 구미 출장마사지 Harrah's Philadelphia Hotel 양산 출장안마 & Casino - Chester, PA - JTA-Hub.